header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Denda Bayaran Setem Di Bawah Seksyen 47a Akta Setem 1949 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tanggungan membayar denda di bawah seksyen 47A Akta Setem 1949 (Akta 378).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang boleh atau perlu diambil apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat penggunaan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1999

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Maklumat Yang Perlu Dikemukakan Kepada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Untuk Permohonan Laporan Penilaian Bagi Maksud Pengambilan Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) apabila memohon laporan penilaian daripada Jabatan tersebut.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Bayaran Ukur Bagi Kerja-kerja Ukur Menurut Keperluan Seksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah berkenaan tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan, seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menempatkan Pemohon Atau Pemilik Tanah Bagi Maksud Menggunakan Tanah Sebelum Diukur (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai cara menempatkan pemohon atau pemilik tanah hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Pecah Bahagian Oleh Pemilik Berdaftar Tanah Atau Pemilik Berdaftar Bersama Tanah Yang Mempunyai Syer Majoriti (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan pecah bahagian tanah yang boleh dibuat oleh pemilik berdaftar atau pemilik berdaftar bersama yang mempunyai syer majoriti sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen 141A Kanun Tanah Negara 1965 tanpa persetujuan daripada pemilik berdaftar bersama yang lain.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1999

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pindahmilik Tanah Pertanian Kepada Pemegang Amanah, Wasi Atau Pentadbir (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pecah Bahagian Bagi Tanah Berimilik Yang Tertakluk Kepada Jenis/Kategori “Pertanian” Atau Kepada Syarat Yang Menghendaki Kegunaannya Untuk Maksud “Pertanian” Yang Berkeluasan 2/5 Hektar Atau Kurang.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pembatalan Catatan Persetujuan Pemegang Gadaian Di Dalam Dokumen Hakmilik Daftar Di Bawah Subseksyen 204GA(1a) Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menolak Kemasukan Kaveat Pemegang Lien
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penyerahan Balik Tanah untuk Jalan Masuk (Means Of Access) Dalam Kes Pecah Sempadan
  • Tujuan Pekeliling:

    Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kuasa Memulakan Pendakwaan Mengikut Seksyen 429A Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kesilapan Penetapan Syarat-syarat Kelulusan Di Bawah Bahagian Sembilan Kanun Tanah Negara 1965 Berkenaan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 33/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Memindahkan Rekod Pejabat Pendaftar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 157

Minggu Ini 12536

Bulan Ini 58281

Keseluruhan 11401324

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini