Tajuk Pekeliling: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.
Tujuan Pekeliling:
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :
Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).