header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Items starting with # Files

Pekeliling KPTG Bilangan 4 Tahun 2022

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 31 Mei 2022
  • Tajuk Pekeliling: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4 Tahun 2022: Pengenaan Duti Setem Bagi Urusan Pertukaran (Exchange) Tanah-Tanah Atau Bahagian-Bahagian Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan duti setem bagi tanah atau bahagian-bahagian tanah yang terlibat dengan pindah milik yabg disebabkan oleh pertukaran (exchange).

Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 3/2017

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 07 April 2017
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi Bagi Mengelak Keterhutangan Kewangan Yang Serius
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan permohonan pinjaman peribadi bagi mengelak keterhutangan kewangan yang serius di kalangan warga JKPTG.

Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 2/2017

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 31 Mac 2017
  • Tajuk Pekeliling: Panduan Penggunaan dan Tempahan Kenderaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga JKPTG berhubung garis panduan yang perlu dipatuhi selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 dalam usaha mengurangkan teguran Audit terhadap pengurusan Kenderaan Jabatan di JKPTG.

Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 1/2017

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 11 Januari 2017
  • Tajuk Pekeliling: Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2017
  • Tujuan Pekeliling:

    Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) berhubung langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha mengawal dan menguruss kewangan secara berdisiplin dan berhemah.

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

  • Tarikh Pekeliling: Ahad, 01 Mac 2015
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")
  • Tujuan Pekeliling:

    Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 16 Julai 2014
  • Tajuk Pekeliling: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

    1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
    4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2013

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 06 Mac 2013
  • Tajuk Pekeliling: Penyeragaman format kepada surat bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2010

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 08 Disember 2010
  • Tajuk Pekeliling: ‘Maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (jpph) semasa memohon anggaran kos pengambilan balik tanah’
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Julai 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2010

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 08 Jun 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penarikan balik perjanjian pajakan kecil di dalam pekeliling pesuruhjaya tanah persekutuan bil 1/2008 dan 2/2008 dan penggantian dengan perjanjian seragam yang baru.
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 01 Jun 2010
  • Tajuk Pekeliling: Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk :

    1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
    2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengeluaran Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran Kepada Tuanpunya Bersama
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran salinan dokumen hakmilik keluaran kepada tuanpunya bersama menurut seksyen 343(3), (4), (5), (6) dan (7) Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Bayaran Ukur Bagi Kerja-kerja Ukur Menurut Keperluan Seksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah berkenaan tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan, seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang boleh atau perlu diambil apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat penggunaan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pelantikan Penjawat Awam Sebagai Pegawai Pengawal Tanah Rizab Kerajaan
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelantikan penjawat awam sebagai pegawai pengawal tanah rizab kerajaan selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1773

Minggu Ini 12105

Bulan Ini 68372

Keseluruhan 9191601

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini