header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Prosedur pengambilan tanah oleh KJP meliputi perkara-perkara berikut:

i. Mengemukakan permohonan pengambilan tanah menurut seksyen 4 atau seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (APT) secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka modul KJP online / e-Tanah;

ii. Menghantar surat permohonan pengambilan tanah secara rasmi yang lengkap kepada JKPTG Negeri yang berkenaan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dalam talian dan disalinkan kepada Bahagian Pengambilan Tanah, JKPTG Ibu Pejabat. Dokumen yang lengkap merangkumi:

  1. Pelan pengambilan tanah yang lengkap mengikut format yang ditetapkan dan mencukupi;
  2. Salinan sijil carian rasmi hakmilik terkini;
  3. Salinan slip pengesahan pengambilan tanah yang dicetak dari sistem dalam talian;
  4. Perakuan Kedesakan (Borang I) jika diperlukan; dan
  5. Dokumen sokongan lain yang diwajibkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut negeri masing-masing.

iii. Menyertakan perakuan pengesahan peruntukan yang mencukupi daripada Ketua Setiausaha atau Setiausaha Bahagian Pembangunan KJP.

KJP tidak boleh mengemukakan salinan hak milik bagi tujuan menggantikan carian rasmi kerana carian rasmi adalah dokumen yang diperlukan oleh Pentadbir Tanah untuk mengetahui status terkini tanah yang hendak diambil. Hanya carian rasmi sahaja yang diterima.

KPJ perlu memberikan butiran wakil atau ejen yang akan memasuki tapak bagi tujuan kajian kesesuaian sebelum Borang B (kebenaran untuk masuk mengukur) dikeluarkan

Perbezaan antara pewartaan di bawah Seksyen 4 dengan 8 APT adalah:

Seksyen 4

a) Untuk memaklumkan hasrat kerajaan tentang kemungkinan pengambilan tanah              dibuat bagi sesuatu kawasan. Ia membolehkan kajian kesesuaian dibuat sebelum          pengambilan tanah diputuskan oleh kerajaan menerusi pewartaan di bawah seksyen       8.

b) Tempoh sah pengisytiharan dalam pewartaan melalui seksyen 4 adalah 12 bulan 

c) Pampasan yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada harga pasaran pada              tarikh  pewartaan di bawah seksyen 4 dengan syarat sebelum tamat tempoh                    pewartaan itu, diikuti dengan pewartaan di bawah seksyen 8.

Seksyen 8

a)   Untuk memaklumkan bahawa pengambilan tanah akan dilaksanakan oleh kerajaan            bagi satu-satu kawasan selepas kajian kesesuaian dibuat.

b)   Tempoh sah pengisytiharan dalam warta melalui seksyen 8 adalah dua (2) tahun. 

c)    Jika Pentadbir Tanah tidak membuat award (Borang G) dalam tempoh dua (2) tahun,           semua prosiding pengambilan tanah akan luput/tidak berkuat kuasa.

d)    Sekiranya dalam tempoh berkuatkuasanya pewartaan seksyen 4 tidak disusuli                     dengan pewartaan di bawah seksyen 8 (dalam tempoh 12 bulan), nilai tanah adalah           berdasarkan harga pasaran semasa pada tarikh pewartaan dibuat di bawah seksyen           8. 

Apabila pengambilan tanah di bawah seksyen 4 APT diwartakan KJP boleh memasuki tanah yang disenaraikan di dalam Borang A dengan syarat Borang B daripada Pentadbir Tanah telah diperolehi. Tujuannya hanya bagi maksud mengukur dan menjalankan kerja-kerja kajian kesesuaian tapak.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 427

Minggu Ini 427

Bulan Ini 58270

Keseluruhan 9252552

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini