Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Penarikan balik pengambilan tanah oleh pihak KJP boleh dilakukan sekiranya milikan rasmi (Borang K) belum dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah. Pihak KJP juga perlu memastikan terlebih dahulu bahawa tanah yang telah diwartakan tidak dimasuki awal. KJP boleh memohon penarikan balik pengambilan tanah sama ada sebahagian atau keseluruhan bagi tanah yang telah diwartakan di bawah seksyen 8 APT dengan mengemukakan permohonan penarikan balik secara rasmi kepada JKPTG Negeri berkenaan. Penarikan balik pengambilan tanah akan melibatkan implikasi kos.
Namun begitu dalam situasi tertentu sekiranya tanah telah dimasuki awal oleh pihak KJP selepas diwartakan (tanpa Borang I dan K) seperti meletakkan jentera di atas tanah tersebut, maka penarikan balik pengambilan tanah tidak boleh dilakukan. Milikan tidak rasmi ini selaras dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia iaitu Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan Pentadbir Tanah Daerah Klang v. PNSB Acmar Sdn. Bhd dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Rayuan Sivil No: B-01(A)-451-09/2020.
Ya. Selain tawaran pampasan yang telah diputuskan oleh Pentadbir Tanah di dalam Notis Borang H, Pentadbir Tanah juga akan menetapkan lain-lain kos yang perlu dibayar atau ditanggung oleh KJP seperti kos hadir siasatan dan fi penilai yang dilantik oleh pihak berkepentingan. Kos-kos ini akan dinyatakan di dalam Borang atau Lampiran Lain-Lain Kos dan diserahkan kepada KJP bersama-sama Notis Borang H (Notis Award Dan Tawaran Pampasan). KJP bertanggungjawab untuk membayar lain-lain kos tersebut sebagaimana peruntukan subseksyen 14(5) APT.
Sekiranya pihak berkepentingan telah meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat atau tanpa Surat Kuasa Mentadbir, pampasan akan didepositkan ke Amanah Raya Berhad (ARB) selaras dengan Pekeliling KPTG Bilangan 39/2009.
Subseksyen 14(2) APT telah menjelaskan bahawa Borang G yang disediakan hendaklah disimpan dan difailkan di Pejabat Pentadbir Tanah yang berkenaan.Peruntukan ini bermaksud bahawa Borang G hanyalah untuk simpanan Pentadbir Tanah dan tidak perlu dikemukakan salinannya kepada mana-mana pihak yang lain.
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|