header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Aidilfitri2026
BPP
Peralihan to MyLAND
Slider

KJP boleh memasuki tanah lebih awal, dengan memohon kepada Pentadbir Tanah agar mengeluarkan Borang I (Sijil Perakuan Kedesakan) dan disusuli dengan Borang K (Notis Bahawa Tanah Telah Diambil Milik). Borang I boleh dikeluarkan selepas 15 hari Notis Borang E disampaikan mengikut kaedah penyampaian notis awam (seksyen 52 APT). KJP perlu bersedia dengan peruntukan yang mencukupi (merangkumi bayaran pampasan dan caj bayaran lewat) memandangkan tapak telah diambil lebih awal.

Tujuan siasatan (enquiry) diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada semua pihak yang terlibat di dalam prosiding pengambilan tanah memberikan keterangan, maklumat dan lain-lain perkara yang bersangkutan dengan pengambilan tersebut. Pihak-pihak berkepentingan juga berhak untuk mengetahui berapakah pampasan yang diberikan kepada pihak yang berhak terhadap tanah itu dan pihak- pihak tersebut juga boleh menuntut pampasan yang mencukupi berdasarkan kepentingannya. Pada akhir siasatan, Pentadbir Tanah akan memutuskan pampasan termasuk merekodkan bantahan daripada pihak-pihak yang terlibat di dalam prosiding tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk KJP hadir dan membantu Pentadbir Tanah dalam memberikan penjelasan mengenai projek apabila diminta berbuat demikian. Wakil KJP juga perlu mengetahui pampasan yang diputuskan oleh Pentadbir Tanah supaya bersedia untuk membuat pembayaran pampasan atau mengemukakan bantahan jika tidak bersetuju dengan tawaran pampasan yang diberikan.

Laporan nilaian tanah yang disedia dan dikemukakan oleh pihak JPPH adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam Jadual Pertama APT. Pihak JPPH adalah jabatan kerajaan yang diiktiraf di bawah APT dalam memberi pendapat atau laporan mengenai nilaian terhadap tanah dan lain-lain kepentingan. Justeru itu, tidak timbul keperluan kepada pihak yang membuat pengambilan tanah untuk berunding dengan JPPH.

KJP perlu mengemukakan permohonan bersama pelan yang berkenaan kepada Pengarah JKPTG Negeri. Sekiranya pertambahan keluasan tidak lebih dari suku hektar (2,500 meter persegi) atau 1% dari keluasan yang terjadual (keluasan yang dinyatakan di dalam Borang D) mengikut mana yang lebih luas, pampasan akan diputuskan ketika siasatan melibatkan keluasan kawasan tambahan. Penyelarasan melalui pindaan kepada pewartaan seksyen 8 APT tidak perlu dibuat selaras dengan peruntukan seksyen 14(4)(a) APT.

Sekiranya pertambahan keluasan melebihi suku hektar atau 1% dari keluasan yang terjadual, KJP perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Pengarah JKPTG Negeri berkenaan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri semula.

Pindaan keluasan adalah tidak dibenarkan jika pengambilan tanah dibuat melalui Sijil Perakuan Kedesakan (Borang I).

    • QT260000000004435

      PERKHIDMATAN COACHING PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) 2026-2030 (SH04/2026)

    • QT250000000000777

      TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)

    • QT260000000002259

      TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN, MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)

    • QT260000000002187

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BHARU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT250000000035673

      TENDER PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T01/2026)

    • QT250000000032612

      PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN,PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER SEMBILAN (9) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL HITAM PUTIH HEAVY DUTY DAN DUA (2) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DAN HITAM PUTIH HEAVY DUTY, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH (SH18/2025) 

Activity Calendar
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 459

This Week 7967

This Month 69423

Total 11412466

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here