header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Peralihan to MyLAND
Slider
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pemilik tanah/pemaju bagi mengemukakan permohonan hakmilik strata iaitu:
 
a. memastikan syarat-syarat memohon hakmilik strata seperti syarat-syarat bangunan, tanah dan syarat asas yang lain yang ditetapkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dipatuhi;
b. menyelesaikan perkara-perkara berkaitan tanah dan bangunan contohnya pelepasan gadaian atau penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap;
c. membuat permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) Negeri untuk kelulusan unit syer dan memfailkan Jadual Petak kepada Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Building - COB);
d. mengemukakan permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata (Certificate of Proposed Strata Plan - CPSP) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri; dan
e. menentukan jenis permohonan strata sama ada di dalam kategori permohonan pecah bahagi bangunan, pecah bahagi bangunan dan tanah atau pecah bahagi tanah. Seterusnya mengemukakan permohonan hakmilik strata beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri.
Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri mengikut lokasi di mana hartanah tersebut terletak bertanggungjawab meluluskan permohonan tersebut.
Urusan permohonan dan pendaftaran hakmilik strata adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri mengikut lokasi di mana hartanah tersebut terletak. Maka, semakan status permohonan hakmilik strata boleh berhubung dengan Bahagian/Unit Hakmilik Strata di Pejabat PTG Negeri yang berkaitan.
Antara kelebihan memiliki hakmilik strata adalah:
 
a. pemilikan dijamin oleh Kerajaan;
b. memudahkan urusniaga petak;
c. memudahkan turun milik akibat kematian;
d. perjanjian jual beli hanya mempunyai hak mengikut undang-undang kontrak sahaja;
e. memudahkan urusan penubuhan perbadanan pengurusan; dan
f. membolehkan pengurusan oleh pemilik petak tanpa campur tangan pemaju.
Activity Calendar
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 178

This Week 13463

This Month 25975

Total 10394300

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

NOTIS PEMAKLUMAN UPDATED

 

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here