-
Pembayaran dan Semakan cukai - Pembayaran cukai online adalah melalui internet banking iaitu Maybank2U.com dan semakan cukai tanah boleh dibuat melalui halaman web http://cukaiptg.terengganu.gov.my/isolar10.
- e-Aduan - eAduan merupakan sistem aduan untuk rakyat Terengganu yang diuruskan oleh Unit Pusat Aduan (UPA) yang terletak di Wisma Darul Iman dengan kerjasama daripada jabatan di bawah kerajaan negeri serta organisasi-organisasi yang terlibat. Sistem ini dibangunkan bagi menangani aduan yang berlaku di dalam negeri atau berkaitan dengan negeri Terengganu serta rakyatnya. Aduan yang didaftarkan akan diuruskan oleh UPA dengan mengagihkannya kepada jabatan yang berkenaan untuk ditangani. Setiap proses tindakan yang dibuat dan maklumbalas akan disampaikan kepada pengadu sehingga aduan tersebut selesai dan seterusnya dikongsi bersama rakyat negeri Terengganu.
3. Perkhidmatan SMS
Format SMS
i. Hantar Aduan Bagi Pengguna Berdaftar : TRG ADUAN [ID Pengguna] [Butir Aduan]
ii. Hantar Aduan Bagi Pengguna Tidak Berdaftar : TRG ADUAN [Butir Aduan]
iii. Bagi Semakan Status Aduan : TRG STATUS [No Rujukan]
Hantar ke 15888