header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Ramadhan
Call For Papers Jurnal Land 024
Peralihan to MyLAND
Slider

Borang Permohonan (Borang A – Seksyen 8) yang telah lengkap diisi dan dihantar secara dalam talian hendaklah dicetak dan ditandatangani di hadapan Majistret/Pesuruhjaya Sumpah serta dihantar bersama dokumen sokongan secara fizikal (hardcopy) ke Unit Pembahagian Pusaka di mana harta tak alih simati terletak (seperti dalam slip Pengesahan Permohonan) samaada secara serahan di kaunter atau melalui poslaju/kurier. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-

1. Salinan Sijil Kematian

2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.

3. Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.

4. Dua (2) Salinan Hakmilik / Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau

Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.

5. Dua (2) Salinan Carian Rasmi yang dibeli dari Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik HSM/GM/PM atau Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG) bagi hakmilik HSD/GRN/PN.

6. Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.

7. Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika berkaitan).

8. Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang simati (jika berkaitan).

Permohonan yang lengkap diterima akan diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan dan satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan kemudian. Bayaran yang dikenakan adalah 0.2% dari nilai keseluruhan harta simati dan hanya perlu dibayar sekiranya kes telah selesai dibicarakan. Sebarang pertanyaan berkaitan harta pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999.

Tabung Khas Hakmilik Strata

 

LATAR BELAKANG PENUBUHAN TKHS

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menubuhkan Tabung Khas Hakmilik  Strata (TKHS) bagi menerima peruntukan Kerajaan, sumbangan dari mana-mana pihak   sama ada perseorangan, pihak swasta, institut-institut atau mana-mana entiti dari dalam dan luar negara bagi tujuan menyelesaikan isu permohonan hakmilik strata Bangunan Khas di Semenanjung Malaysia.

Bangunan Khas ini merujuk kepada seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) iaitu mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996 atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Penubuhan Tabung Khas Hakmilik Strata ini akan membolehkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menyediakan dana untuk membiayai kos penyelesaian permohonan hakmilik strata bagi bangunan-bangunan yang telah diklasifikasikan sebagai bangunan khas di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.

ISU BANGUNAN KHAS

Berdasarkan data terkini daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG),  telah dikenal pasti sebanyak 637 skim yang melibatkan 37,623 petak di seluruh Semenanjung Malaysia yang menghadapi masalah untuk mendaftarkan hakmilik strata. Antara isuyang menjadi punca kegagalan permohonan hakmilik strata adalah seperti berikut :

  • Masalah berkaitan tanah seperti skim bukan dalam satu lot, urusan gadaian yang belum dilepaskan, langar syarat atau kategori tanah, hakmilk masih berstatus hakmilik sementara, tunggakan cukai tanah dan sebagainya;
  • Masalah berkaitan pemilik asal di mana pemilik tanah atau pemaju telah digulungkan, meninggal dunia atau masalah kewangan; dan
  • Masalah berkaitan bangunan seperti bangunan terkeluar dari sempadan lot, berkongsi common access dan sebagainya.
  • Masalah berkaitan keperluan dokumentasi seperti tiada pelan CPSP oleh JUPEM, CFO atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance - CCC) atau tidak mencapai Peringkat Struktur Utama (Super Structure Stage - SSS).

 

JKPTG telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah ini seperti pindaan perundangan, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan serta penubuhan TKHS.

INISIATIF PINDAAN PERUNDANGAN

Pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 bagi memudahkan urusan permohonan hakmilik strata  seperti berikut:

  • memudahkan syarat-syarat permohonan hakmilik strata bagi bangunan khas seperti membolehkan penggunaan pelan as-built sebagai ganti sekiranya pelan bangunan asal yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan telah tiada
  • menambah baik proses permohonan hakmilik strata dengan mewajibkan permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) daripada PTG sebelum pemfailan Jadual Petak di Pihak Berkuasa Tempatan dan mendapatkan permit jualan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

INISIATIF PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN

Penubuhan task force bersama PTG Negeri untuk memantau penyelesaian bangunan khas dan membantu PTG Negeri dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju yang gagal memohon hakmilik strata

 

CADANGAN PENYELESAIAN ISU BANGUNAN KHAS

SUMBANGAN TKHS BAGI MEMBANTU PERMOHONAN HAKMILIK STRATA BAGI BANGUNAN KHAS

Penubuhan tabung ini merupakan komitmen Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan agensi/organisasi yang turut serta menyumbang sebagai tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Melalui dana yang disediakan oleh Tabung ini, kos-kos   permohonan hakmilik strata yang sepatutnya tidak menjadi bebanan kepada pemilik-pemilik petak tersebut boleh ditanggung sebahagian atau sepenuhnya oleh Tabung ini.

 

MANFAAT SUMBANGAN TKHS

  • penolakan cukai 100% daripada LHDNM secara terus mengikut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • membantu penduduk kediaman bangunan khas terutamanya bagi kediaman yang berkategori kos rendah dan sederhana untuk mendapatkan hakmilik strata.
  • penyelesaian pendaftaran hakmilik strata bagi bangunan khas akan memudahkan urus niaga hartanah bangunan khas.
  • membolehkan perbadanan pengurusan (Management Corporation – MC) ditubuhkan bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran bangunan untuk kediaman berstrata tersebut.
  • urusan pembahagian harta pusaka oleh waris kepada pembeli kediaman yang telah meninggal dunia juga dapat diselesaikan dengan mudah.

 

Kaedah Sumbangan

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT)/ Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama

 

KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN

Nama Bank

Alliance Islamic Bank Berhad

Nombor Akaun

160140010004397

Nama Akaun

Akauntan Negara Malaysia-KeTSA-T

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Bahagian Hakmilik Strata dan Stratum, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,

Aras G, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 PUTRAJAYA

 

 

 

Activity Calendar
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 207

This Week 10539

This Month 66806

Total 9190035

penafian

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here