header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
medsoc_2026
harigawai2026
agong2026
BPP
Peralihan to MyLAND
Slider
  • Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?

    Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.
  • Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka kecil?

    Harta pusaka kecil ialah harta yang terdiri daripada harta tak alih (tanah / rumah) dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 2 juta dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1949.
  • Apakah yang dimaksudkan sebagai harta tak alih?

    Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.
  • Apakah yang dimaksudkan harta alih?

    Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya.
  • Adakah permit dan lesen seperti lesen pendudukan sementara (TOL), lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka?

    Lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian pemilik asal.
  • Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama si mati boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.
  • Adakah tanah "daftar pegangan" (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?

    Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.
  • Bolehkah " Surat Ikatan Amanah" (Trust Deed) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka si mati?

    Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.
  • Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka si mati?

    Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh waris-waris simati.
    • QT260000000014194

      TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL
      TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN,
      MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA
      PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN
      KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)

    • QT260000000009852

      TENDER PERKHIDMATAN SISTEM KESELAMATAN ICT (INTRUSION PREVENTION SYSTEM- IPS, FIREWALL DAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG)(T04/2026)

    • QT260000000011426

      PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN SEMULA PORTAL RASMI JABATAN KETUA
      PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) (JKPTG SH05/2026)

    • QT260000000011762

      PERKHIDMATAN SEWA MILIK PERABOT TERMASUK PENYELENGGARAAN
      SELAMA 24 BULAN UNTUK KEGUNAAN PEJABAT KETUA PENGARAH,
      JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
      (SH 06/2026)

    • QT260000000004435

      PERKHIDMATAN COACHING PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) 2026-2030 (SH04/2026)

    • QT250000000000777 / 2026

      TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)

Activity Calendar
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 552

This Week 552

This Month 552

Total 11897482

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here