Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.
Pekeliling ini bertujuan untuk :
Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperluaskan pemakaian Kanun Tanah Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 01 Januari 2010.
Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan pindaan kepada “Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2008’.
Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada Pentadbirpentadbir Tanah bagi menguruskan permohonan pemegang gadaian untuk mendapatkan perintah jualan tanah atau pajakan secara lelongan awam mengikut seksyen 260 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) apabila berlaku kemungkiran (default) perjanjian gadaian oleh penggadai.
Surat Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memperjelaskan lagi Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2008 (PTP 3/2008) khususnya mengenai perolehan tanah/bangunan yang dibuat melalui kaedah pembelian.
Pekeliling ini bertujuan untuk :
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah- Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir–Pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan melalui kaji selidik yang seragam dan peranan mereka untuk melaksanakan penilaian kepuasan pelanggan itu. Panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan di Lampiran kepada Pekeliling ini.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.