header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Keputusan Carian:

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2026

Date of Circular Tuesday, 03 March 2026 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1 /2026

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kemasukan kaveat pendaftar bagi pengurusan harta pusaka kecil selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026

Date of Circular Tuesday, 03 March 2026 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara yang perlu dipatuhi apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran duti harta pesaka menurut Enakmen Duti Harta Pesaka 1941 [F.M.S. 7/1941].

Pekeliling KPTG Bil 1/2025 Pembatalan Pekeliling-Pekeliling Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Date of Circular Tuesday, 13 January 2026 Pekeliling KPTG Bil 1/2025 Pembatalan Pekeliling-Pekeliling Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perubahan dan pembatalan pekeliling-pekeliling dalam pengurusan harta pusaka kecil susulan pindaan ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A 1643].

Pekeliling KPTG Bilangan 6 Tahun 2024

Date of Circular Monday, 30 December 2024 PKPTG Bilangan 6/2024 – Sekatan Berkenaan Perolehan Tanah oleh Bukan Warganegara atau Syarikat Asing

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan berkenaan perolehan tanah oleh bukan warganegara atau syarikat asing dan kaedah untuk menguruskan permohonan serta perkara lain yang berhubung dengannya.

Pekeliling KPTG Bilangan 3 Tahun 2024

Date of Circular Sunday, 22 December 2024 PKPTG Bilangan 3/2024 – Garis Panduan Pendaftaran, Pelepasan, Penghapusan dan Pembatalan Isemen

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai garis panduan pendaftaran, pelepasan, penghapusan dan pembatalan isemen.

Pekeliling KPTG Bilangan 4 Tahun 2024

Date of Circular Sunday, 22 December 2024 PKPTG Bilangan 4/2024 – Tatacara Pengurusan Permohonan Pengubahan Kategori, Syarat Nyata atau Sekatan Kepentingan Di Bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai tatacara pengurusan permohonan pengubahan kategori, syarat nyata atau sekatan kepentingan di bawah seksyen 124 kanun tanah negara [Akta 828].

Pekeliling KPTG Bilangan 5 Tahun 2024

Date of Circular Sunday, 22 December 2024 PKPTG Bilangan 5/2024 – Kutipan Cukai Tertunggak Bagi Syarikat Yang Digulung atau Dibubarkan

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai kutipan cukai tertunggak bagi syarikat yang digulung atau dibubarkan.

Pekeliling KPTG Bilangan 1 Tahun 2024

Date of Circular Wednesday, 27 November 2024 PKPTG Bilangan 1/2024 - Tatacara Memproses Perserahan Pindahmilik Dan Urusan Lain Yang Dikemukakan Tanpa Disertakan Dengan Dokumen Hakmilik Keluaran Dalam Kes Pemilikan Bersama

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai bidang kuasa mereka ke atas perserahan pindahmilik dan urusan lain (dealings) yang dikemukakan tanpa disertakan dengan dokumen hakmilik keluaran (sama ada dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Kanun Tanah Negara atau undang­undang tanah terdahulu (dikenali sebagai DHK), dokumen hakmilik di bawah Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer menurut Jadual Keempat Belas (dikenali sebagai DHKK) atau dokumen hakmilik yang dikeluarkan di bawah Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik menurut Jadual Keenam Belas (dikenali sebagai DHKe) dalam kes pemilikan bersama.

Pekeliling KPTG Bilangan 2 Tahun 2024

Date of Circular Wednesday, 27 November 2024 PKPTG Bilangan 2/2024 – Pelanjutan Tempoh Pegangan Hakmilik Berstatus Pajakan Negeri Dan Pajakan Mukim Di Bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh, di samping tindakan yang perlu diambil oleh Pendaftar hakmilik dan Pentadbir Tanah ke atas hakmilik yang terlibat.

Pekeliling KPTG Bilangan 4 Tahun 2023

Date of Circular Thursday, 30 November 2023 PKPTG Bilangan 4/2023 – Jenis Pelan Yang Disediakan Bagi Hakmilik Sementara Dan Permintaan Ukur (PU) Berkaitan Dengan Kelulusan Pemberimilikan Tanah.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah berkenaan keperluan penyediaan pelan tanah bagi pendaftaran dokumen hakmilik sementara dan keperluan permintaan ukur (PU) setelah pemberimilikan tanah diluluskan.

Pekeliling KPTG Bilangan 5 Tahun 2023

Date of Circular Thursday, 30 November 2023 PKPTG Bilangan 5/2023 – Pusat Trigonometri

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah berkenaan keperluan pusat-pusat trigonometri.

Pekeliling KPTG Bilangan 6 Tahun 2023

Date of Circular Thursday, 30 November 2023 PKPTG Bilangan 6/2023 – Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan surat cara melibatkan pertubuhan.

Purpose of Circular

 Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan surat cara melibatkan pertubuhan.

Pekeliling KPTG Bilangan 7 Tahun 2023

Date of Circular Thursday, 30 November 2023 PKPTG Bilangan 7/2023 – Bukti Kelayakan Syarikat Untuk Memiliki Tanah Menurut Subseksyen 43(b) Kanun Tanah Negara [Akta 828] .

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan dokumentasi sebagai bukti kelayakan syarikat untuk memiliki tanah menurut subseksyen 43(b) Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Pekeliling KPTG Bilangan 3 Tahun 2023

Date of Circular Monday, 27 March 2023 PKPTG Bilangan 3/2023 – Garis Panduan Perizaban Dan Pewartaan Tanah Rizab Kerajaan Bagi Maksud Awam Yang Dibangunkan Pelbagai Infrastruktur Berlapis Di Atas Tanah Berkenaan.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara perizaban dan pewartaan tanah rizab Kerajaan bagi maksud awam yang dibangunkan pelbagai infrastruktur berlapis di atas tanah berkenaan.

Pekeliling KPTG Bilangan 1 Tahun 2023

Date of Circular Wednesday, 04 January 2023 Pekeliling KPTG Bilangan 1 Tahun 2023 - Perizaban Tanah Kerajaan Untuk Maksud Awam di Bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara [Akta 828](KTN)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pentadbiran tanah negeri dan Wilayah Persekutuan mengenai penambahbaikkan tatacara perizaban tanah Kerajaan untuk maksud awam di bawah seksyen 62 Akta 828.

Pekeliling KPTG Bilangan 2 Tahun 2023

Date of Circular Wednesday, 04 January 2023 Pekeliling KPTG Bilangan 2 Tahun 2023 - Tatacara Penggunaan Tanah Kategori Bangunan dan Industri Bagi Tujuan Selain Kategori Atau Syarat Bangunan dan Industri

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah kategori bangunan dan industri bagi tujuan selain kategori atau syarat bangunan dan industri.

Pekeliling KPTG Bilangan 19 Tahun 2022

Date of Circular Wednesday, 02 November 2022 PKPTG Bilangan 19/2022 – Penamatan Sebahagian atau Keseluruhan Kawasan Penempatan Berkelompok di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] yang Dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atau Lembaga Penyatuan dan P

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara penamatan sebahagian atau keseluruhan kawasan penempatan berkelompok selaras dengan subseksyen 44(1) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA).

Pekeliling KPTG Bilangan 21 Tahun 2022

Date of Circular Wednesday, 02 November 2022 PKPTG Bilangan 21/2022 – Pengambilan Tanah di dalam Kawasan Penempatan Berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530]

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai tatacara pengambilan tanah di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Pekeliling KPTG Bilangan 18 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 01 November 2022 PKPTG Bilangan 18/2022 – Merizabkan Tanah Dalam Kawasan Penempatan Berkelompok Selaras Dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] Bagi Kegunaan Kerajaan Persekutuan

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan perizaban mana-mana tanah kawasan penempatan berkelompok bagi tujuan kegunaan awarn bagi maksud Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Pekeliling KPTG Bilangan 20 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 01 November 2022 PKPTG Bilangan 20/2022 – Pendaftaran Dokumen Hakmilik Muktamad Bagi Tanah Pegangan Luar Bandar di Kawasan Penempatan Berkelompok Selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530]

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tindakan pendaftaran dokumen hak milik muktamad bagi tanah pegangan luar bandar dalam kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

Pekeliling KPTG Bilangan 17 Tahun 2022

Date of Circular Thursday, 01 September 2022 PEMBATALAN PELUCUTHAKAN DI BAWAH SEKSYEN 133 KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828]

Purpose of Circular

Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai prosedur membatalkan pelucuthakan tanah berimilik selaras dengan seksyen 133 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akibat perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau seksyen 129 Akta 828.

Pekeliling KPTG Bilangan 16 Tahun 2022

Date of Circular Monday, 08 August 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 16 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan Cadangan Pemantauan Terhadap Pemindahan Saham Sesebuah Syarikat Melayu Yang Memiliki Atau Memegang Kepentingan Ke Atas Tanah Rizab Melayu Atau Pegangan Melayu Kepada Pemilik Bukan Melayu Serta Tindakan Susulan Oleh Pendaftar Atau Pentadbir Tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 3 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 ekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3 Tahun 2022: Mewujudkan Simpanan Data Senarai Pemberitahuan Dalam Warta Berkaitan Tanah Dalam Sesebuah Daerah

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai keperluan mewujudkan satu senarai pemberitahuan dalam warta berkaitan tanah dalam sesebuah daerah

Pekeliling KPTG Bilangan 4 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4 Tahun 2022: Pengenaan Duti Setem Bagi Urusan Pertukaran (Exchange) Tanah-Tanah Atau Bahagian-Bahagian Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan duti setem bagi tanah atau bahagian-bahagian tanah yang terlibat dengan pindah milik yabg disebabkan oleh pertukaran (exchange).

Pekeliling KPTG Bilangan 9 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 9 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung perkara - perkara yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan jalan keluar masuk bagi permohonan pecah sempadan atau pecah bahagian tanah selaras dengan subseksyen 136(1)(h) Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Pekeliling KPTG Bilangan 5 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5 Tahun 2022: Indeks Lot-Lot

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan untuk menyenggara indeks lot-lot di Pejabat Tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 8 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 8 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk menjamin mutu dan ketepatan pelan bagi hak milik sementara akibat permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan.

Pekeliling KPTG Bilangan 6 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6 Tahun 2022: Kemudahan Carian Persendirian

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tatacara penyampaian perkhidmatan urusan carian persendirian selaras dengan seksyan 384 Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Pekeliling KPTG Bilangan 7 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7 Tahun 2022: Melepaskan Gadaian Dengan Membuat Bayaran Kepada Pendaftar Hakmilik

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perkara-perkara berkaitan urusan pelepasan gadaian dengan membuat bayaran kepada Pendaftaran Hakmilik selaras dengan seksyen 279 Kanaun Tanah Negara [Akta 828]

Pekeliling KPTG Bilangan 10 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 10 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah untuk memastikan bahawa setiap tanah perlu diperenggankan sebelum penyediaan dokumen hakmilik sementara dan sebelum penyediaan permohonan ukur.

Pekeliling KPTG Bilangan 11 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11 Tahun 2022: Penyenggaraan Lot Digital Di Pejabat Tanah;

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan untuk menyenggara dengan teratur lot-lot digital yang dibekalkan oleh Jabatan Pemetaan dan Ukur Malaysia (JUPEM) kepada Pejabat Tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 12 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12 Tahun 2022: Penyenggaraan Indeks Pejabat Tanah Bagi Tanah-Tanah Yang Telah Diperenggankan Oleh Penolong Pegawai Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah untuk menyenggara satu rekod nombor-nombor plot tanah yang digunakan oleh Penolong Pegawai Tanah untuk menunjukkan kawasan-kawasan tanah yang telah diperenggankan bagi membantu dalam kelulusan permohonan pelupusan tanah atau pembangunan tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 13 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 13 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai beberapa perkara penting berkaitan perampasan tanah di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Pekeliling KPTG Bilangan 14 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14 Tahun 2022: Tugas Pentadbir Tanah Dalam Penilaian Harga Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung perkara-perkara yang melibatkan tugasan penilaian harga tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 15 Tahun 2022

Date of Circular Tuesday, 31 May 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 15 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar dan Pentadbir Tanah berhubung dengan dokumen sampingan bagi pendaftaran sesebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang membuktikan bahawa sesuatu syarikat boleh memegang sesuatu tanah atau kepentingan atas sesebuah tanah di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Pekeliling KPTG Bilangan 5/2021 - Kedudukan Tanah Yang Diambil Bagi Maksud Kerajaan Persekutuan Yang Belum Diberimilik Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 5/2021 - Kedudukan Tanah Yang Diambil Bagi Maksud Kerajaan Persekutuan Yang Belum Diberimilik Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Purpose of Circular

Kedudukan Tanah Yang Diambil Bagi Maksud Kerajaan Persekutuan Yang Belum Diberimilik Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Pekeliling KPTG Bilangan 6/2021 - Keselamatan Dokumen-Dokumen Di Pejabat-Pejabat Tanah Dan Galian Dan Pejabat-Pejabat Tanah

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 6/2021 - Keselamatan Dokumen-Dokumen Di Pejabat-Pejabat Tanah Dan Galian Dan Pejabat-Pejabat Tanah

Purpose of Circular

Keselamatan Dokumen-Dokumen Di Pejabat-Pejabat Tanah Dan Galian Dan Pejabat-Pejabat Tanah

Pekeliling KPTG Bilangan 7/2021 - Pemberimilikan Tanah Kerajaan Negeri Untuk Maksud Persekutuan

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 7/2021 - Pemberimilikan Tanah Kerajaan Negeri Untuk Maksud Persekutuan

Purpose of Circular

Pemberimilikan Tanah Kerajaan Negeri Untuk Maksud Persekutuan

Pekeliling KPTG Bilangan 8/2021 - Penyempurnaan Suratcara-Suratcara

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 8/2021 - Penyempurnaan Suratcara-Suratcara

Purpose of Circular

Penyempurnaan Suratcara-Suratcara

Pekeliling KPTG Bilangan 9/2021- Penyampaian Dokumen-Dokumen Atau Suratcara-Suratcara Kepada Pihak Yang Mengemukakannya

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 9/2021- Penyampaian Dokumen-Dokumen Atau Suratcara-Suratcara Kepada Pihak Yang Mengemukakannya

Purpose of Circular

Penyampaian Dokumen-Dokumen Atau Suratcara-Suratcara Kepada Pihak Yang Mengemukakannya

Pekeliling KPTG Bilangan 10/2021- Keperluan Melantik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Sebagai Pegawai Pengawal Bagi Tanah-Tanah Rizab Untuk Maksud Persekutuan

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 10/2021- Keperluan Melantik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Sebagai Pegawai Pengawal Bagi Tanah-Tanah Rizab Untuk Maksud Persekutuan

Purpose of Circular

Keperluan Melantik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Sebagai Pegawai Pengawal Bagi Tanah-Tanah Rizab Untuk Maksud Persekutuan

Pekeliling KPTG Bilangan 11/2021 - Perkara-Perkara Berkaitan Surat Kuasa Wakil (Powers Of Attorney)

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 11/2021 - Perkara-Perkara Berkaitan Surat Kuasa Wakil (Powers Of Attorney)

Purpose of Circular

Perkara-Perkara Berkaitan Surat Kuasa Wakil (Powers Of Attorney)

Pekeliling KPTG Bilangan 12/2021 - Tindakan Memungut Atau Memulangkan Hasil Tanah Sebelum Dikeluarkan Hakmilik Tetap

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 12/2021 - Tindakan Memungut Atau Memulangkan Hasil Tanah Sebelum Dikeluarkan Hakmilik Tetap

Purpose of Circular

Tindakan Memungut Atau Memulangkan Hasil Tanah Sebelum Dikeluarkan Hakmilik Tetap

Pekeliling KPTG Bilangan 13/2021 - Keperluan Memaklumkan Keputusan Pihak Berkuasa Negeri Dalam Permohonan Pemberimilikan Kepada Pemohon

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 13/2021 - Keperluan Memaklumkan Keputusan Pihak Berkuasa Negeri Dalam Permohonan Pemberimilikan Kepada Pemohon

Purpose of Circular

Keperluan Memaklumkan Keputusan Pihak Berkuasa Negeri Dalam Permohonan Pemberimilikan Kepada Pemohon

Pekeliling KPTG Bilangan 14/2021- Keperluan Mendapatkan Kembali Tunggakan Cukai Tanah

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 14/2021- Keperluan Mendapatkan Kembali Tunggakan Cukai Tanah

Purpose of Circular

Keperluan Mendapatkan Kembali Tunggakan Cukai Tanah

Pekeliling KPTG Bilangan 15/2021 - Nasihat Daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Mengenai Pelaksanaan Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828] Dan Perundangan Tanah Yang Lain

Date of Circular Friday, 21 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 15/2021 - Nasihat Daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Mengenai Pelaksanaan Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828] Dan Perundangan Tanah Yang Lain

Purpose of Circular

Nasihat Daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Mengenai Pelaksanaan Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828] Dan Perundangan Tanah Yang Lain

Pekeliling KPTG Bilangan 1 Tahun 2022

Date of Circular Thursday, 06 January 2022 Pekeliling KPTG Bilangan 1 Tahun 2022

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar dan Pentadbir Tanah berhubung kaedah-kaedah untuk memberi kesan kepada pewakafan tanah di bawah Kanun Tanah Negara[Akta 828].

Bilangan 3/2021: Proses Permohonan Dokumen Hak Milik Keluaran (DHK)Yang Hilang Atau Rosak

Date of Circular Tuesday, 26 October 2021 Bilangan 3/2021: Proses Permohonan Dokumen Hak Milik Keluaran (DHK)Yang Hilang Atau Rosak

Purpose of Circular

Pekekliling inin dikeluarkan bertujuan sebagai panduan kepada Pendaftar dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara pengurusan penggantian dokumen hak milik keluaran (DHK) yang hilang atau rosak.

Bilangan 4/2021: Proses Pengeluaran Salinan Dokumen Hak Milik Keluaran Kepada Tuan Punya Bersama Di Bawah Seksyen 343 Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Date of Circular Tuesday, 26 October 2021 Bilangan 4/2021: Proses Pengeluaran Salinan Dokumen Hak Milik Keluaran Kepada Tuan Punya Bersama Di Bawah Seksyen 343 Kanun Tanah Negara [Akta 828]

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar dan Pentadbir anah berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur pengeluaran salinan dokumen hak milik keluaran (DHK) kepada tuan punya tanah bersama.

Pekeliling KPTG Bilangan 1/2021 -Pengenaan Moratorium Ke Atas Penjualan Rumah Atau Unit Kediaman Di Bawah Projek Perumahan Bersubsidi Kerajaan Persekutuan

Date of Circular Monday, 25 January 2021 Pekeliling KPTG Bilangan 1/2021 -Pengenaan Moratorium Ke Atas Penjualan Rumah Atau Unit Kediaman Di Bawah Projek Perumahan Bersubsidi Kerajaan Persekutuan

Purpose of Circular

Pekeliling KPTG Bilangan 1/2021 -Pengenaan Moratorium Ke Atas Penjualan Rumah Atau Unit Kediaman Di Bawah Projek Perumahan Bersubsidi Kerajaan Persekutuan

Pekeliling KPTG Bilangan 9/2020 – Pengurusan Kaveat Persendirian

Date of Circular Monday, 30 November 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 9/2020 – Pengurusan Kaveat Persendirian

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pengurusan kaveat persendirian susulan pindaan kepada seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325 dan seksyen 326 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516].

Pekeliling KPTG Bilangan 11/2020 – Perkara-perkara Berkaitan Pengukuran Untuk Pendaftaran Dokumen Hakmilik Termasuk Penukaran Hakmilik Sementara (Qualified Title) Kepada Hakmilik Tetap (Final Title)

Date of Circular Monday, 30 November 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 11/2020 – Perkara-perkara Berkaitan Pengukuran Untuk Pendaftaran Dokumen Hakmilik Termasuk Penukaran Hakmilik Sementara (Qualified Title) Kepada Hakmilik Tetap (Final Title)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perkara-perkara yang berkaitan urusan-urusan pengukuran dalam pendaftaran sesuatu dokumen hakmilik termasuk urusan penukaran hakmilik sementara (Qualified Title) kepada hakmilik tetap (Final Title) dan pendaftaran hakmilik tetap tanpa mengeluarkan hakmilik sementara terlebih dahulu.

Pekeliling KPTG Bilangan 8/2020 - Pengurusan Permohonan Pecah Bahagian di Bawah Seksyen 140 hingga Seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020)[AKTA 828]

Date of Circular Tuesday, 24 November 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 8/2020 - Pengurusan Permohonan Pecah Bahagian di Bawah Seksyen 140 hingga Seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020)[AKTA 828]

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (PTG), Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan mengenai penambahbaikan proses permohonan pecah bahagian tanah menurut peruntukan seksyen 140 hingga seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828].

Pekeliling KPTG Bilangan 6/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Bangunan atau Tanah yang di pecah bahagi

Date of Circular Thursday, 01 October 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 6/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Bangunan atau Tanah yang di pecah bahagi

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia bagi tujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan berhubung urusan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi.

Pekeliling KPTG Bilangan 7/2020 – Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Dl Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Date of Circular Thursday, 01 October 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 7/2020 – Panduan Pelaksanaan Pendudukan Atau Penggunaan Sementara Tanah Dl Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah dałam pelaksanaan urusan pendudukan atau penggunaan sementara tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517].

Pekeliling KPTG Bilangan 5/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah

Date of Circular Thursday, 01 October 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 5/2020 – Panduan Pelaksanaan Pengambilan Tanah Bawah Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan dalam urusan pengambilan tanah bawah tanah.

Pekeliling KPTG Bilangan 1/2020 – Menukar Nama Tuan Punya Tanah dan Lain-lain Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan

Date of Circular Friday, 17 July 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 1/2020 – Menukar Nama Tuan Punya Tanah dan Lain-lain Sebelum Mendaftarkan Suratcara Urusan

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516] sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling KPTG Bilangan 2/2020 – Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-Tujuan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah

Date of Circular Friday, 17 July 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 2/2020 – Pihak Berkuasa Perancangan Untuk Tujuan-Tujuan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir-pentadbir tanah berhubung dengan tindakan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Perancangan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa(Pindaan) 2001 [Akta A1129]

Pekeliling KPTG Bilangan 3/2020 – Pengembalian Tanah Atau Peletakhakan Petak Bagi Bangunan Yang Dipecah Bahagi Kepada Kerajaan Negeri Apabila Ketiadaan Tuan Punya Tanah Berdaftar

Date of Circular Friday, 17 July 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 3/2020 – Pengembalian Tanah Atau Peletakhakan Petak Bagi Bangunan Yang Dipecah Bahagi Kepada Kerajaan Negeri Apabila Ketiadaan Tuan Punya Tanah Berdaftar

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516] sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.

Pekeliling KPTG Bilangan 4/2020 – Kutipan Deposit Bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Date of Circular Friday, 17 July 2020 Pekeliling KPTG Bilangan 4/2020 – Kutipan Deposit Bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS).

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai kutipan deposit yang boleh dikenakan bagi tujuan pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara dibawah seksyen 68A Kanun Tanah Negara [Akta No.56 Tahun 1965]("KTN")

Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Tahun 2013 hingga 2019

Date of Circular Tuesday, 31 December 2019 Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Tahun 2013 hingga 2019

Purpose of Circular

Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Tahun 2013 hingga 2019 sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran tanah di seluruh negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2018

Date of Circular Monday, 19 November 2018 Penjelasan Takrifan ‘Kampong’ Dalam Syarat Nyata Bagi Hakmilik Tanah Yang Dikeluarkan Sebelum Kanun Tanah Negara 1965

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan di bawah kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan takrifan 'kampong' yang dinyatakan di dalam syarat nyata hakmilik tanah yang tiada kategori penggunaan tanah serta berlaku sebelum Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) dikuatkuasakan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2017

Date of Circular Monday, 20 November 2017 Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.

Purpose of Circular

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2017

Date of Circular Monday, 20 November 2017 Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.

Purpose of Circular

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009

Date of Circular Thursday, 06 April 2017 Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian (Disemak 2017)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian. 

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2017

Date of Circular Friday, 24 February 2017 Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2016

Date of Circular Wednesday, 29 June 2016 Perolehan Tanah Oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Dan Urusniaga Yang Berkaitan Dengannya

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perolehan tanah oleh perkongsian liabiliti terhad dan urusniaga yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 2/2015

Date of Circular Saturday, 01 August 2015 Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan atau Pelepasan Tanah Rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud Negeri

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015

Date of Circular Sunday, 01 March 2015 Panduan Berhubung Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Dan Tindakan Di Bawah Seksyen 381 Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular
  1. Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam suratcara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri, seperti dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan tindakan yang boleh dibuat mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara.
  2. Seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara memperuntukkan tentang pembetulan kesilapan yang terdapat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara urusan dan seksyen 381(1) Kanun Tanah Negara pula mengenai pemotongan syarat dan sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi dan pembatalan ingatan atau catatan yang tidak berkuat kuasa lagi yang terdapat dalam dokumen hakmilik dan suratcara lain berkaitan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013

Date of Circular Friday, 20 December 2013 Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2012

Date of Circular Monday, 23 April 2012 Penyeragaman Prosedur Permohonan Semakan Buku Daftar Strata Bagi Tujuan Mengemaskini Daftarai Strata Untuk Mesyuarat Agung Perbadanan Pengurusan

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2012

Date of Circular Thursday, 12 January 2012 Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 1/2011

Date of Circular Saturday, 01 January 2011 Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian sehingga 1 Januari 2011

Purpose of Circular

Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2010

Date of Circular Monday, 05 July 2010 Garis panduan penetapan lebar Rizab Sungai yang seragam bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2010

Date of Circular Monday, 01 March 2010 Penyerahan Umpukan Tanah Bagi Maksud Awam MengikutPerenggan 136(1)(ca) Kanun Tanah Negara Berikutan Kelulusan Permohonan Pecah Sempadan atau Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Pengubahan Syarat.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1977

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kehilangan Atau Kerosakan Dokumen Hak milik Keluaran Semasa Dalam Simpanan Pegawai Awam (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tanggungjawab terhadap keselamatan dan jagaan hakmilik di dalam simpanan mereka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kaedah Dan Pendekatan Pelupusan Tanah Kepada Orang Asli (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 42/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Garis Panduan Pemakaian Seksyen 14, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 Bagi Menguruskan Permohonan Untuk Memasukkan Pemegang Bersama (Co-holder) Di Atas Pegangan Desa (Rural Holding)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 41/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengurusan Cek Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 38/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 33/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Memindahkan Rekod Pejabat Pendaftar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1976

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kesilapan Penetapan Syarat-syarat Kelulusan Di Bawah Bahagian Sembilan Kanun Tanah Negara 1965 Berkenaan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kuasa Memulakan Pendakwaan Mengikut Seksyen 429A Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penyerahan Balik Tanah untuk Jalan Masuk (Means Of Access) Dalam Kes Pecah Sempadan

Purpose of Circular

Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 9/1977

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Menolak Kemasukan Kaveat Pemegang Lien

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pembatalan Catatan Persetujuan Pemegang Gadaian Di Dalam Dokumen Hakmilik Daftar Di Bawah Subseksyen 204GA(1a) Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Permohonan Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pecah Bahagian Bagi Tanah Berimilik Yang Tertakluk Kepada Jenis/Kategori “Pertanian” Atau Kepada Syarat Yang Menghendaki Kegunaannya Untuk Maksud “Pertanian” Yang Berkeluasan 2/5 Hektar Atau Kurang.

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pindahmilik Tanah Pertanian Kepada Pemegang Amanah, Wasi Atau Pentadbir (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Permohonan Pecah Bahagian Oleh Pemilik Berdaftar Tanah Atau Pemilik Berdaftar Bersama Tanah Yang Mempunyai Syer Majoriti (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan pecah bahagian tanah yang boleh dibuat oleh pemilik berdaftar atau pemilik berdaftar bersama yang mempunyai syer majoriti sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen 141A Kanun Tanah Negara 1965 tanpa persetujuan daripada pemilik berdaftar bersama yang lain.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1976

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Menempatkan Pemohon Atau Pemilik Tanah Bagi Maksud Menggunakan Tanah Sebelum Diukur (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai cara menempatkan pemohon atau pemilik tanah hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/1975

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Bayaran Ukur Bagi Kerja-kerja Ukur Menurut Keperluan Seksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah berkenaan tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan, seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Maklumat Yang Perlu Dikemukakan Kepada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Untuk Permohonan Laporan Penilaian Bagi Maksud Pengambilan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) apabila memohon laporan penilaian daripada Jabatan tersebut.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang boleh atau perlu diambil apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat penggunaan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1976

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Denda Bayaran Setem Di Bawah Seksyen 47a Akta Setem 1949 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tanggungan membayar denda di bawah seksyen 47A Akta Setem 1949 (Akta 378).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 43/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Syarat Nyata Atau Syarat Tersirat Perlu Diambil Kira Dalam Mentaksirkan Nilai Pasaran Tanah Yang Terlibat Dengan Pengambilan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai syarat nyata atau syarat tersirat yang perlu dipertimbangkan apabila membuat taksiran nilai pasaran bagi tanah yang terlibat dalam proses pengambilan tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 40/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Peraturan Dan Garis Panduan Ukur Bagi Pecah Bahagi Bangunan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 3/2007 berhubung dengan pindaan kepada Pekeliling KPUP Bil. 3/2006 akibat daripada kuat kuasa Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2007.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pelantikan Ejen Kutipan Hasil Tanah Dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelantikan ejen-ejen kutipan hasil-hasil tanah dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (PBN) selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Maklumat Perancangan Bagi Tujuan Penentuan Pampasan Di Bawah Seksyen 9A Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu diperoleh daripada Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri atau Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Pihak Berkuasa Tempatan, mengikut mana yang berkenaan, menurut seksyen 9A, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 [Akta 486].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1994

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Keutamaan Pengeluaran Hakmilik Tetap Bagi Tanah-tanah Dengan Bangunan Berbilang Tingkat Yang Masih Dipegang Di Bawah Hakmilik Sementara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir-pentadbir Tanah supaya memberi keutamaan kepada pengeluaran hakmilik tetap bagi tanah-tanah dengan bangunan berbilang tingkat yang masih dipegang di bawah hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengeluaran Permit Untuk Menggunakan Ruang Udara Atas Tanah Kerajaan Atau Tanah Rizab (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran permit untuk menggunakan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab di bawah seksyen-seksyen 75A–75G, Bab 4 Bahagian Empat Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Mengenakan Bayaran Tunggakan (Arrears Fee) Apabila Wang Untuk Bayaran Cukai Dihantar Dengan Pos

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pengenaan bayaran tunggakan (arrears fee) di dalam kes-kes di mana wang untuk bayaran cukai tanah dihantar ke Pejabat Tanah dengan pos.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 39/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Garis Panduan Membayar Wang Pampasan Pengambilan Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Kepunyaan Orang Yang Telah Meninggal Dunia (Si Mati) Kepada Amanah Raya Berhad (ARB)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai panduan membuat bayaran wang pampasan pengambilan tanah berikutan tuan tanah atau orang berkepentingan telah meninggal dunia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 37/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengurusan Pungutan Hasil Tanah Di Bawah Sistem Pentadbiran Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk dijadikan panduan kepada Pentadbir Tanah dan pegawai-pegawai Unit Hasil mengenai pengurusan hasil tanah di bawah sistem yang sedang dilaksanakan di Pejabat-pejabat Tanah seluruh Semenanjung Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 32/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Perletakhakan Tanah Atau Kepentingan Ke Atasnya Kepada Sesuatu Pihak Berkuasa Awam Di Bawah Seksyen 415 Kanun Tanah Negara 1965

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang perlunya didaftarkan perletakhakan di bawah seksyen 415 Kanun Tanah Negara 1965 sebelum sesuatu Pihak Berkuasa awam yang menuntut faedah dari perletakhakan yang tidak berdaftar itu boleh membuat apa-apa urusan berkaitan dengan tanah atau kepentingan ke atasnya yang dituntut itu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 30/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Siasatan Ke Atas Permohonan Pemegang Gadaian Untuk Perintah Jualan Bagi Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara-cara menguruskan siasatan ke atas permohonan pemegang gadaian supaya tanah (dimaksudkan tanah berimilik, bahagian yang tidak dipecahkan dalam tanah berimilik, pajakan atau pajakan kecil dan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi) terlibat dijual menurut peruntukan-peruntukan seksyen 260 hingga seksyen 262 Kanun Tanah Negara diuruskan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pentakrifan Semula Bahan Batuan (Rock Material) Dan Kutipan Hasilnya

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan memaklum dan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pentakrifan semula bahan batuan (rock material) dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Tatacara Berhubung Dengan Tanah Berimilik Yang Dihakis Oleh Laut atau Sungai

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah berimilik akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1994

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kedudukan Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Desa Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Pejabat Pendaftaran Dan Yang Tertakluk Kepada Syarat Dalam Seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara Apabila Tanah Itu Menjadi Tanah Pekan atau Tanah Bandar.

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kedudukan syarat kegunaan bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan yang tertakluk kepada syarat dalam seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara (KTN) apabila tanah itu menjadi tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1986

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Peruntukan-peruntukan Baru Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbiran Tanah Daerah kepada Akta A575, iaitu suatu Akta yang meminda Akta

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Permohonan Serentak Bagi Pecah Sempadan Tanah Dan Pengubahan Syarat Bagi Petak-petak Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1976

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Lawatan Pegawai-pegawai Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Ke Pejabat Tanah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dari semasa ke semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan menghantar beberapa orang pegawai untuk melawat Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah untuk menjalankan kerja dengan tujuan membantu dalam usaha memperkemaskan lagi pentadbiran tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 29/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Mengambil Milik (Taking Possession) Seksyen 18 dan Mengambil Milik Secara Rasmi (Taking Formal Possession) Seksyen 22, Akta Pengambilan Tanah 1960

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 24/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Menahan Dua Puluh Lima Peratus (25%) Daripada Wang Pampasan Yang Patut Dibayar Kepada Orang Yang Berkepentingan Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960 berhubung dengan menahan dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah wang pampasan yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 22/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Duti Setem Yang Dikenakan Kepada Sesuatu Gadaian Untuk Menjamin Suratcara Sekuriti Tanpa Had (Unlimited Securities) (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 21/1977

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kad Kuasa bagi Pegawai Atau Seseorang Yang Diberi Kuasa Untuk Membuat Tangkapan Atau Rampasan (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kehendak-kehendak seksyen 426A Kanun Tanah Negara supaya kad kuasa ditunjukkan oleh Pendaftar, Pentadbir Tanah atau Penolong Pegawai Tanah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa apabila mereka membuat tangkapan atau merampas kereta, traktor atau alat-alat pertanian berkaitan dengan kesalahan pendudukan secara haram di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong atau berkaitan dengan pengeluaran atau pemindahan bahan batuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 20/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Menyerah Hak Oleh Pemegang Tanah Pegangan Desa (Rural Holding) Atau Bandar (Urban Holding) (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus bagi rancangan tanah yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai penyenggaraan rekod-rekod penyerahan hak yang dibuat di bawah seksyen 24 dan 29 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penerimaan Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pihak yang dibenarkan menyedia pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan pembangunan tanah iaitu permohonan pecah sempadan tanah (seksyen 137 Kanun Tanah Negara (KTN)), tukar syarat dan pecah sempadan serentak (seksyen 124A KTN), dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengukuran Tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat semua Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah berhubung dengan urusan pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Memasuki Tanah Milik Untuk Talian Bekalan Elektrik

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pemegang lesen di bawah seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447) kerana memasang talian elektrik voltan tinggi dan rendah di atas atau bawah tanah yang melibatkan aspek berikut:–

  1. Hak TNB sebagai pemegang lesen untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan talian elektrik di atas atau bawah tanah milik di bawah seksyen 11(1) Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447);
  2. Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan talian elektrik di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1994

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Cara Mengira Keluasan Tanah Dalam Pertukaran Ke Unit Metrik Dan Pengiraan Cukai Tanah Di Bawah Seksyen 96 Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara mengira keluasan tanah dalam pertukaran ke unit metrik dan penyemakan cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1993

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pendaftaran Perintah Perletakhakan Yang Dikeluarkan Oleh Mahkamah Tinggi Di Bawah Seksyen 50 Akta Bank Dan Institusi-institusi Kewangan 1989 Menurut Seksyen 420 Kanun Tanah Negara

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran perintah perletakhakan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 50 Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372) menurut seksyen 420 Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pajakan Bagi Tanah Rizab

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pajakan bagi tanah rizab di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 atau undang-undang tanah yang terdahulu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pemberimilikan Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah berkenaan pemberimilikan pegangan desa atau pegangan bandar di dalam kawasan penempatan berkelompok yang telah diisytiharkan di bawah seksyen-seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1974

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penyediaan Dan Jagaan Kepada Daftar-daftar Pegangan Borang A – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus Rancangan tentang penyediaan dan jagaan kepada daftar-daftar pegangan yang menggunakan Borang ‘A’ di bawah subseksyen 12(1) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 15/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pemakaian Gelaran Jawatan “Pentadbir Tanah Daerah” Di Dalam Kanun Tanah Negara Dan Undang-undang Yang Lain

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberitahu Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai pemakaian gelaran “Pentadbir Tanah Daerah” di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain Undang-undang Tanah yang berkenaan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penyampaian ganti (substituted service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Jenis-jenis Bayaran Yang Perlu Dikutip Sebelum Mendaftar Dokumen Hakmilik Sementara Berikutan Dengan Kelulusan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kutipan beberapa jenis bayaran sebelum mereka melayani permohonan untuk pendaftaran dokumen hakmilik sementara setelah permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah diluluskan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/1980

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pembatalan Dokumen Hakmilik Yang Tidak Sempurna Oleh Mahkamah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap dokumen hakmilik yang tidak sempurna.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pengukuran Semula Bagi Menentusahkan Sempadan Tanah

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai sama ada tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap perlu diukur semula setelah kembali menjadi tanah kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah tidak membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan di dalam hakmilik atau yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Kutipan Bayaran-bayaran Ukur Bagi Kes Di mana Kerja Mengukur Tanah Untuk Pengeluaran Hakmilik Tetap Dijalankan Oleh Juruukur Tanah Berlesen (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah berkenaan dengan kutipan bayaran-bayaran ukur bagi kos di mana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh juruukur tanah berlesen setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/1976

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Perwakilan Kuasa Kepada Pentadbir Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah tentang keperluan mengetahui bahawa beberapa kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 telah diwakilkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mereka dari semasa ke semasa.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/1975

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Perserahan Suratcara untuk Pendaftaran (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai cara menguruskan perserahan sesuatu suratcara urusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pemakaian Peruntukan Undang-undang Bagi Menyelesaikan Isu Pembatalan Sekatan Kepentingan Bagi Hakmilik Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Berkelompok) 1960

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dalam menguruskan proses pembahagian pusaka dan pendaftaran yang melibatkan hakmilik-hakmilik tanah terdahulu di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang mempunyai sekatan kepentingan menghalang pindahmilik dibuat kepada lebih daripada seorang.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Sekatan Terhadap Urusniaga Tanah Pertanian Yang Akan Membawa Kesan Pemecahan Tanah Kepada Kurang Daripada 2/5 Hektar (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan terhadap urusniaga tanah pertanian yang akan membawa kesan pemecahan tanah itu kepada kurang daripada 2/5 hektar berikutan dengan adanya peruntukan-peruntukan baru dalam subseksyen (3) dan (4) kepada seksyen 205 Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Prosedur Mengenakan Kompaun Ke Atas Kesalahan-kesalahan

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur mengenakan kompaun ke atas kesalahan-kesalahan selaras pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1985

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pendaftaran Hakmilik Sambungan Berkaitan Dengan Pewujudan Daerah Baru (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran hakmilik sambungan apabila berlaku pewujudan sesuatu daerah baru.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1977

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Memfailkan Dokumen (Surat) Membenarkan Tuan Punya Tanah Membuat Urusan Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Kepentingan (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan memfailkan dokumen (surat) yang mengandungi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau pegawai-pegawai lain bagi membenarkan tuan punya tanah membuat urusan sungguhpun tanah tersebut tertakluk kepada suatu sekatan kepentingan terhadap sesuatu urusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2009

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-lamanya Di Bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah berhubung ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 berhubung dengan pemberimilikan tanah dalam keadaan-keadaan khas untuk pegangan selama-lamanya di bawah seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Panduan Pelaksanaan Pelupusan Tanah Bawah Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah (disposal of underground land) menurut Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2003

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian Bagi Tujuan Yang Tiada Berkaitan Dengan Pertanian (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pertanian.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2002

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberi Milik Sebelum 1 Januari 1966 Iaitu Tarikh Kanun Tanah Negara Mula Berkuat Kuasa Dan Bagi Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Sebelum 1 Januari 1966 Yang Didaftarkan Di Bawah Kanun Tanah Negara.

Purpose of Circular

Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1999

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Garis Panduan Bagi Pembangunan Tanah Perkuburan Bukan Islam Secara Komersil Oleh Sektor Swasta

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menarik perhatian Pengarah-pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan persetujuan Majlis Tanah Negara Ke 51 yang bersidang pada 16 November 1995 supaya pembangunan tanah untuk perkuburan orang bukan Islam secara komersil diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menyeragamkan syarat-syarat kelulusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1998

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Menanggung Terus Cukai Tanah Tahun Pertama Kepada Akaun Hasil (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung pembayaran hasil cukai tanah tahun pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1994

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan) (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1988

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Prosedur Bagi mendapatkan Pengesahan Dan Pengecualian Bayaran Ukur Bagi Rumah-rumah Kos Rendah Di Bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas (Disemak 2007)

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1981

Date of Circular Friday, 01 January 2010 Masa Yang Betul Patut Dicatatkan Ke Dalam Surat Cara Urusan Dan Buku Perserahan (Disemak 2009)

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah masa yang betul patut dicatatkan ke dalam suratcara urusan dan Buku Perserahan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2007

Date of Circular Thursday, 06 September 2007 Had tempoh masa memiliki dan memegang tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dan tidak dimajukan oleh Kementerian dan Agensi Pengguna

Purpose of Circular

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1997

Date of Circular Friday, 17 October 1997 Penyeragaman Kadar Premium Tanah-tanah Kerajaan Yang Diberimilik Kepada Persekutuan Untuk Tapak Sekolah

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kadar premium tanah-tanah Kerajaan yang diberimilik kepada Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah hendaklah diseragamkan kepada nominal tidak melebihi RM 1,000 bagi setiap hakmilik.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1995

Date of Circular Saturday, 22 April 1995 Penyempurnaan Suratcara Urusniaga Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965

Purpose of Circular

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadhir Tanah supaya tidak menolak suratcara urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara 1965 walaupun pihak kedua dalam suratcara menyempurnakannya sebelum pihak pertama.

Garis Panduan Penyediaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Garis Panduan Penyediaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Purpose of Circular

Tujuan panduan ini disediakan bagi membantu pegawai dan kakitangan Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dalam merangka perancangan serta kaedah penyediaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (PKPTG) yang seragam.

Total items found: 157
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 787

This Week 6582

This Month 52327

Total 11395370

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here