header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pentakrifan Semula Bahan Batuan (Rock Material) Dan Kutipan Hasilnya
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan memaklum dan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pentakrifan semula bahan batuan (rock material) dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Tatacara Berhubung Dengan Tanah Berimilik Yang Dihakis Oleh Laut atau Sungai
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah berimilik akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Kedudukan Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Desa Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Pejabat Pendaftaran Dan Yang Tertakluk Kepada Syarat Dalam Seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara Apabila Tanah Itu Menjadi Tanah Pekan atau Tanah Bandar.
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kedudukan syarat kegunaan bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan yang tertakluk kepada syarat dalam seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara (KTN) apabila tanah itu menjadi tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1986

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peruntukan-peruntukan Baru Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbiran Tanah Daerah kepada Akta A575, iaitu suatu Akta yang meminda Akta

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Serentak Bagi Pecah Sempadan Tanah Dan Pengubahan Syarat Bagi Petak-petak Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memfailkan Salinan-salinan Surat Kuasa Wakil Di Pejabat Pendaftar Atau Pejabat Tanah (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah untuk menarik perhatian Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah kepada peruntukan perenggan 309(1)(b) Kanun Tanah Negara yang memerlukan Pendaftar menyimpan satu salinan surat kuasa wakil (power of attorney) yang dikembarkan dengan sesuatu suratcara urusan. Tindakan ini tidak perlu diambil jika satu salinan surat kuasa telahpun difailkan di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah. Bayaran memfailkan salinan surat kuasa wakil adalah dikenakan menurut kadar di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Lawatan Pegawai-pegawai Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Ke Pejabat Tanah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dari semasa ke semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan menghantar beberapa orang pegawai untuk melawat Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah untuk menjalankan kerja dengan tujuan membantu dalam usaha memperkemaskan lagi pentadbiran tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 29/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 28/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembahagian Harta Alih Kepada Seseorang Yang Belum Dewasa (Minor)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pembahagian harta alih kepada seseorang yang belum dewasa (minor).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Mengambil Milik (Taking Possession) Seksyen 18 dan Mengambil Milik Secara Rasmi (Taking Formal Possession) Seksyen 22, Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Bukti Kematian Yang Sah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah berkenaan dengan bukti kematian yang sah semasa menguruskan pembahagian pusaka kecil.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Permohonan Untuk Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Sementara Sambungan Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai perlunya pemohon yang telah diluluskan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran dan pengeluaran suratan hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 25/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembahagian Harta Pusaka Si Mati Yang Bukan Beragama Islam Dan Meninggal Dunia Tanpa Wasiat
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) berkaitan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam dan meninggal dunia tanpa wasiat.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 3283

This Week 3283

This Month 61126

Total 9255408

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here