header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pentakrifan Semula Bahan Batuan (Rock Material) Dan Kutipan Hasilnya
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan memaklum dan menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pentakrifan semula bahan batuan (rock material) dalam Kanun Tanah Negara (KTN) selaras dengan pindaan kepada KTN melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tatacara Berhubung Dengan Tanah Berimilik Yang Dihakis Oleh Laut atau Sungai
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir Tanah kepada seksyen 49 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan bahawa sebahagian daripada sesuatu kawasan tanah berimilik akan menjadi tanah Kerajaan dan terkeluar daripada hakmilik tuanpunya jika tanah itu menjadi dasar laut ataupun sebahagian daripada sungai.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1994

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kedudukan Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Desa Yang Dipegang Di Bawah Hakmilik Pejabat Pendaftaran Dan Yang Tertakluk Kepada Syarat Dalam Seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara Apabila Tanah Itu Menjadi Tanah Pekan atau Tanah Bandar.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kedudukan syarat kegunaan bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan yang tertakluk kepada syarat dalam seksyen 53(2) Kanun Tanah Negara (KTN) apabila tanah itu menjadi tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1986

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Peruntukan-peruntukan Baru Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menarik perhatian Pentadbiran Tanah Daerah kepada Akta A575, iaitu suatu Akta yang meminda Akta

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Serentak Bagi Pecah Sempadan Tanah Dan Pengubahan Syarat Bagi Petak-petak Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Memfailkan Salinan-salinan Surat Kuasa Wakil Di Pejabat Pendaftar Atau Pejabat Tanah (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah untuk menarik perhatian Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah kepada peruntukan perenggan 309(1)(b) Kanun Tanah Negara yang memerlukan Pendaftar menyimpan satu salinan surat kuasa wakil (power of attorney) yang dikembarkan dengan sesuatu suratcara urusan. Tindakan ini tidak perlu diambil jika satu salinan surat kuasa telahpun difailkan di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah. Bayaran memfailkan salinan surat kuasa wakil adalah dikenakan menurut kadar di dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Lawatan Pegawai-pegawai Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Ke Pejabat Tanah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dari semasa ke semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan akan menghantar beberapa orang pegawai untuk melawat Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah untuk menjalankan kerja dengan tujuan membantu dalam usaha memperkemaskan lagi pentadbiran tanah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 29/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 28/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pembahagian Harta Alih Kepada Seseorang Yang Belum Dewasa (Minor)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pembahagian harta alih kepada seseorang yang belum dewasa (minor).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Mengambil Milik (Taking Possession) Seksyen 18 dan Mengambil Milik Secara Rasmi (Taking Formal Possession) Seksyen 22, Akta Pengambilan Tanah 1960
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Bukti Kematian Yang Sah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah berkenaan dengan bukti kematian yang sah semasa menguruskan pembahagian pusaka kecil.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pungutan Bayaran-bayaran Ukur Menurut Kadar Baru Di Bawah Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran-bayaran Ukur) (Pindaan) 1975 (Disemak 2007)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 26/1976

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Untuk Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Sementara Sambungan Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai perlunya pemohon yang telah diluluskan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran dan pengeluaran suratan hakmilik sementara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 25/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pembahagian Harta Pusaka Si Mati Yang Bukan Beragama Islam Dan Meninggal Dunia Tanpa Wasiat
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) berkaitan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang bukan beragama Islam dan meninggal dunia tanpa wasiat.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 1451

Minggu Ini 15737

Bulan Ini 9507

Keseluruhan 9267862

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini