header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengukuran Tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat semua Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah berhubung dengan urusan pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1999

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memasuki Tanah Milik Untuk Talian Bekalan Elektrik
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pemegang lesen di bawah seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447) kerana memasang talian elektrik voltan tinggi dan rendah di atas atau bawah tanah yang melibatkan aspek berikut:–

    1. Hak TNB sebagai pemegang lesen untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan talian elektrik di atas atau bawah tanah milik di bawah seksyen 11(1) Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447);
    2. Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan talian elektrik di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Cara Mengira Keluasan Tanah Dalam Pertukaran Ke Unit Metrik Dan Pengiraan Cukai Tanah Di Bawah Seksyen 96 Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara mengira keluasan tanah dalam pertukaran ke unit metrik dan penyemakan cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1993

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pendaftaran Perintah Perletakhakan Yang Dikeluarkan Oleh Mahkamah Tinggi Di Bawah Seksyen 50 Akta Bank Dan Institusi-institusi Kewangan 1989 Menurut Seksyen 420 Kanun Tanah Negara
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran perintah perletakhakan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 50 Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372) menurut seksyen 420 Kanun Tanah Negara (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 19/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Tuntutan Pembeli Dalam Pembahagian Harta Pusaka Kecil
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai cara menguruskan tuntutan pembeli terhadap tanah, bahagian atau kepentingan di dalamnya yang menjadi sebahagian harta pusaka kecil.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 18/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pembahagian Tugas dan Memproses Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menjelaskan cara menerima dan memproses permohonan pembahagian harta pusaka kecil berikutan penempatan Unit Pembahagian Pusaka yang tidak meliputi setiap daerah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pajakan Bagi Tanah Rizab
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pajakan bagi tanah rizab di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 atau undang-undang tanah yang terdahulu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1980

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pemberimilikan Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah berkenaan pemberimilikan pegangan desa atau pegangan bandar di dalam kawasan penempatan berkelompok yang telah diisytiharkan di bawah seksyen-seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1976

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Merizabkan Tanah Di Dalam Kawasan Penempatan Berkelompok (Group Settlement Area) Untuk Kegunaan Kerajaan Persekutuan (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai kuasa merizabkan tanah di dalam kawasan penempatan berkelompok untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1974

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Penyediaan Dan Jagaan Kepada Daftar-daftar Pegangan Borang A – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus Rancangan tentang penyediaan dan jagaan kepada daftar-daftar pegangan yang menggunakan Borang ‘A’ di bawah subseksyen 12(1) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 16/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Mengukur Tanah Untuk Mengeluarkan Hakmilik Tetap
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir-pentadbir Tanah supaya sentiasa memberi perhatian kepada pengukuran halus bagi tanah-tanah yang telah diambil balik sebahagian dan tanah-tanah yang telah diluluskan permintaan Permohonan Ukur (P.U.) bagi menentukan pengeluaran suratan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 15/2009

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Umur Dewasa Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah bahawa di bawah seksyen 10, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 Pentadbir Tanah diberi kuasa untuk melantik penjaga kepada waris yang belum dewasa. Walau bagaimanapun di bawah Akta ini, belum dewasa (minor) tidak ditafsirkan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 15/1985

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pemakaian Gelaran Jawatan “Pentadbir Tanah Daerah” Di Dalam Kanun Tanah Negara Dan Undang-undang Yang Lain
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberitahu Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai pemakaian gelaran “Pentadbir Tanah Daerah” di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain Undang-undang Tanah yang berkenaan.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 2438

This Week 12231

This Month 52109

Total 9246391

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here