Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang cara-cara yang perlu diikuti apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran cukai pusaka..
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran dokumen hakmilik tetap bagi tanah pegangan desa di kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah masa yang betul patut dicatatkan ke dalam suratcara urusan dan Buku Perserahan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai pemberhentian amalan-amalan membuat penyelesaian, memulangkan permintaan ukur untuk tujuan pungutan bayaran ukur tambahan dan memohon borang-borang hakmilik selepas tanah selesai diukur dalam proses penyediaan hakmilik tetap.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung pembayaran hasil cukai tanah tahun pertama.
Pekeliling ini bertujuan menarik perhatian Pengarah-pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan persetujuan Majlis Tanah Negara Ke 51 yang bersidang pada 16 November 1995 supaya pembangunan tanah untuk perkuburan orang bukan Islam secara komersil diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menyeragamkan syarat-syarat kelulusan.
Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pertanian.
Pekeliling ini adalah bertujuan memberikan garis panduan terhadap proses permohonan kelulusan pemilikan tanah (hartanah – unit kediaman) oleh warganegara asing dan syarikat asing.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah (disposal of underground land) menurut Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah berhubung ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 berhubung dengan pemberimilikan tanah dalam keadaan-keadaan khas untuk pegangan selama-lamanya di bawah seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965.