header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1994

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1996

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Memberhentikan Amalan-amalan Membuat Penyelesaian, Memulangkan Permintaan Ukur Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Ukur Tambahan Dan Memohon Borang-borang Hakmilik Selepas Tanah Selesai Di Ukur Dalam Proses Penyediaan Hakmilik Tetap
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai pemberhentian amalan-amalan membuat penyelesaian, memulangkan permintaan ukur untuk tujuan pungutan bayaran ukur tambahan dan memohon borang-borang hakmilik selepas tanah selesai diukur dalam proses penyediaan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1998

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Menanggung Terus Cukai Tanah Tahun Pertama Kepada Akaun Hasil (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung pembayaran hasil cukai tanah tahun pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1999

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Bagi Pembangunan Tanah Perkuburan Bukan Islam Secara Komersil Oleh Sektor Swasta
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menarik perhatian Pengarah-pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir-pentadbir Tanah berhubung dengan persetujuan Majlis Tanah Negara Ke 51 yang bersidang pada 16 November 1995 supaya pembangunan tanah untuk perkuburan orang bukan Islam secara komersil diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menyeragamkan syarat-syarat kelulusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2002

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberi Milik Sebelum 1 Januari 1966 Iaitu Tarikh Kanun Tanah Negara Mula Berkuat Kuasa Dan Bagi Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Sebelum 1 Januari 1966 Yang Didaftarkan Di Bawah Kanun Tanah Negara.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2003

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian Bagi Tujuan Yang Tiada Berkaitan Dengan Pertanian (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai tatacara memproses permohonan untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan pertanian.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Garis Panduan Proses Permohonan Kelulusan Pemilikan Tanah (Hartanah – Unit Kediaman) Oleh Warganegara Asing Dan Syarikat Asing
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan memberikan garis panduan terhadap proses permohonan kelulusan pemilikan tanah (hartanah – unit kediaman) oleh warganegara asing dan syarikat asing.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Panduan Pelaksanaan Pelupusan Tanah Bawah Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah (disposal of underground land) menurut Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 Mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-lamanya Di Bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan semua Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah berhubung ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-64 berhubung dengan pemberimilikan tanah dalam keadaan-keadaan khas untuk pegangan selama-lamanya di bawah seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Memfailkan Dokumen (Surat) Membenarkan Tuan Punya Tanah Membuat Urusan Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Kepentingan (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan memfailkan dokumen (surat) yang mengandungi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau pegawai-pegawai lain bagi membenarkan tuan punya tanah membuat urusan sungguhpun tanah tersebut tertakluk kepada suatu sekatan kepentingan terhadap sesuatu urusan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pendaftaran Hakmilik Sambungan Berkaitan Dengan Pewujudan Daerah Baru (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran hakmilik sambungan apabila berlaku pewujudan sesuatu daerah baru.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Prosedur Mengenakan Kompaun Ke Atas Kesalahan-kesalahan
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur mengenakan kompaun ke atas kesalahan-kesalahan selaras pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Sekatan Terhadap Urusniaga Tanah Pertanian Yang Akan Membawa Kesan Pemecahan Tanah Kepada Kurang Daripada 2/5 Hektar (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan terhadap urusniaga tanah pertanian yang akan membawa kesan pemecahan tanah itu kepada kurang daripada 2/5 hektar berikutan dengan adanya peruntukan-peruntukan baru dalam subseksyen (3) dan (4) kepada seksyen 205 Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pemakaian Peruntukan Undang-undang Bagi Menyelesaikan Isu Pembatalan Sekatan Kepentingan Bagi Hakmilik Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Berkelompok) 1960
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dalam menguruskan proses pembahagian pusaka dan pendaftaran yang melibatkan hakmilik-hakmilik tanah terdahulu di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang mempunyai sekatan kepentingan menghalang pindahmilik dibuat kepada lebih daripada seorang.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Perserahan Suratcara untuk Pendaftaran (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai cara menguruskan perserahan sesuatu suratcara urusan.

location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 514

Minggu Ini 3336

Bulan Ini 19280

Keseluruhan 9895111

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini