i. KJP boleh memasuki tapak untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan;
ii. Membantu Pentadbir Tanah dalam menyediakan permintaan ukur kepada Pengarah JUPEM Negeri bagi pengeluaran hak milik sambungan sekiranya pengambilan hanya melibatkan sebahagian tanah;
iii. Mengemukakan permohonan pemberimilikan/perizaban tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan selepas proses pengambilan tanah diselesaikan (Borang K dikeluarkan) untuk ditandatangan tertakluk kepada ketersediaan tanah khususnya yang melibatkan pengambilan sebahagian tanah beri milik yang memerlukan kepada proses pengukuran semula dan pengeluaran hak milik sambungan;
iv. Menjelaskan bayaran cukai tanah yang dikenakan dalam Borang 5A Kanun Tanah Negara [Akta 828]; dan
v. Menjaga dan mengawal tanah daripada pencerobohan selepas proses pengambilan tanah diselesaikan dan sebelum projek dilaksanakan.