Bangunan khas merupakan mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996, atau dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan sebagai bangunan khas oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Bangunan khas biasanya tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation - CFO)/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan [Certificate of Completion and Compliance - CCC) dan pelan bangunan di mana tidak mematuhi syarat permohonan hakmilik strata yang ditetapkan mengikut Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318).
Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu permohonan hakmilik strata untuk bangunan khas adalah:
a. penambahbaikan dari aspek perundangan :
- memperuntukkan tafsiran “bangunan khas” di dalam Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] bagi bangunan bertingkat lama yang diduduki sebelum Jun 1996, atau dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007; dan
- menambahbaik peruntukan mengenai permohonan hakmilik strata di dalam Akta 318 dengan mengecualikan dokumen tertentu bagi permohonan hakmilik strata yang melibatkan bangunan khas.
b. penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata yang menyediakan dana untuk membiayai kos permohonan hakmilik strata bagi bangunan khas. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas melalui sistem MyLand.
PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN,PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER SEMBILAN (9) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL HITAM PUTIH HEAVY DUTY DAN DUA (2) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DAN HITAM PUTIH HEAVY DUTY, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH (SH18/2025)
PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN,PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER BAGI ENAM (6) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL HITAM PUTIH DAN BERWARNA (HEAVY DUTY) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN (SH17/2025)
PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN DAN PENYELENGGARAAN LAPAN (8) UNIT MESIN PENYALIN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU
PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENILAIAN TAHAP KESELAMATAN ICT (SECURITY POSTURE ASSESSMENT-SPA) BAGI SISTEM MyLAND, PORTAL JKPTG DAN PERKAKASAN PUSAT DATA JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (SH15/2025)
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) MUAR DAN PPP SEGAMAT, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH08/2025)