Buat julung kalinya, JKPTG telah menganjurkan Pertandingan Filem Pendek sempena Hari Inovasi JKPTG Tahun 2015 yang berlansung dari 20 Ogos 2015 sehingga 8 September 2015 yang lalu. Penyertaan bagi pertandingan ini adalah terbuka kepada JKTPG Negeri dan JKPTG Ibu Pejabat dengan mengenengahkan tema JKPTG Dihatiku dengan durasi persembahan di antara 3 - 5 minit. Sebanyak 12 penyertaan telah diterima dan keputusan rasmi telah diumumkan pada 14 September 2015 sewaktu majlis Sambutan Hari Inovasi JKPTG 2015 di JKPTG Negeri Kelantan.
Berikut adalah senarai para pemenang:
Tempat Pertama
Tajuk : Disini Bermula
Penyertaan : Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah, JKPTG Ibupejabat
Tempat Kedua
Tajuk : Tempat Ini
Penyertaan : JKPTG Perak
Tempat Ketiga
Tajuk : Teraju 3
Penyertaan : JKPTG Kelantan