Perbadanan pengurusan perlu mendapatkan satu resolusi komprehensif sebelum mewujudkan harta bersama terhad dan perbadanan pengurusan subsidiari. Permohonan untuk menubuhkan perbadanan pengurusan subsidiari perlu dikemukakan kepada PTG menggunakan Borang 9 AHS.
Konsep baru ini mencadangkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi sebelum kelulusan pelan bangunan boleh diberikan:
Pemilik tanah / pemaju telah membuat lantikan juruukur berlesen
Pemilik tanah / pemaju telah mendepositkan bayaran upah ukur ke Lembaga Juruukur Tanah
Pemilik tanah / pemaju telah menetapkan formula kiraan unit syer
Segala isu atau masalah berkaitan tanah telah diselesaikan di peringkat Kebenaran Merancang
Setelah pengeluaran lesen dan permit jualan, pemilik tanah / pemaju bolehlah menjual serta memulakan pembinaan.
Dalam tempoh 3 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) selepas Principal Submitting Person (PSP) mengesahkan bahawa projek telah mencapai peringkat super structure, tuan tanah/pemaju perlu mengemukakan Pelan Cadangan Strata kepada JUPEM.
JUPEM seterusnya akan menyemak pelan tersebut dalam tempoh 1 bulan dan sekiranya diperakukan sebagai teratur, JUPEM akan mengeluarkan CPSP kepada tuan tanah/pemaju.
Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
Tuan tanah/pemaju seterusnya diberi tempoh selama 1 bulan (tambahan 1 bulan rayuan) untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada PTG Negeri.
PERKHIDMATAN SEWA MILIK PERABOT TERMASUK PENYELENGGARAAN SELAMA 24 BULAN UNTUK KEGUNAAN PEJABAT KETUA PENGARAH, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (SH 06/2026)
TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)
TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN, MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BHARU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)