header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Items tagged with PEKELILING Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1992

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pemberimilikan Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah berkenaan pemberimilikan pegangan desa atau pegangan bandar di dalam kawasan penempatan berkelompok yang telah diisytiharkan di bawah seksyen-seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/1974

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penyediaan Dan Jagaan Kepada Daftar-daftar Pegangan Borang A – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah dan Pengurus-pengurus Rancangan tentang penyediaan dan jagaan kepada daftar-daftar pegangan yang menggunakan Borang ‘A’ di bawah subseksyen 12(1) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 16/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Mengukur Tanah Untuk Mengeluarkan Hakmilik Tetap
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir-pentadbir Tanah supaya sentiasa memberi perhatian kepada pengukuran halus bagi tanah-tanah yang telah diambil balik sebahagian dan tanah-tanah yang telah diluluskan permintaan Permohonan Ukur (P.U.) bagi menentukan pengeluaran suratan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 15/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Umur Dewasa Di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah bahawa di bawah seksyen 10, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 Pentadbir Tanah diberi kuasa untuk melantik penjaga kepada waris yang belum dewasa. Walau bagaimanapun di bawah Akta ini, belum dewasa (minor) tidak ditafsirkan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Jenis-jenis Bayaran Yang Perlu Dikutip Sebelum Mendaftar Dokumen Hakmilik Sementara Berikutan Dengan Kelulusan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kutipan beberapa jenis bayaran sebelum mereka melayani permohonan untuk pendaftaran dokumen hakmilik sementara setelah permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah diluluskan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/2009

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pengukuran Semula Bagi Menentusahkan Sempadan Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai sama ada tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap perlu diukur semula setelah kembali menjadi tanah kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah tidak membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan di dalam hakmilik atau yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/1985

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Kutipan Bayaran-bayaran Ukur Bagi Kes Di mana Kerja Mengukur Tanah Untuk Pengeluaran Hakmilik Tetap Dijalankan Oleh Juruukur Tanah Berlesen (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah berkenaan dengan kutipan bayaran-bayaran ukur bagi kos di mana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh juruukur tanah berlesen setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh kementerian dan jabatan persekutuan di negeri sarawak.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Penarikan balik pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bil 1/2008 (penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil(sublease) tanah/ bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian dan Jabatan Perseku
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memperluaskan pemakaian Kanun Tanah Negara ke Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuatkuasa 01 Januari 2010.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 5951

Minggu Ini 55339

Bulan Ini 192309

Keseluruhan 3679547

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue