Sungguhpun Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama, namun ianya tidak boleh mengatasi beberapa undang-undang tanah yang lain iaitu:
Terengganu Settlement Enactment 1856
Selain daripada itu peruntukan-peruntukan tidak boleh digunakan jika ianya bercanggah dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang mengenai:
Tanah Adat
Tanah Rizab Melayu
Tanah lombong
Tanah kesultanan
Tanah wakaf atau Baitulmal
Akta Penanaman Padi, 1967
Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan, 1955
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
Mana-mana undang-undang mengenai pengecualian daripada pembayaran hasil tanah.
Kanun Tanah Negara (KTN) telah dikanunkan mengikut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan pada 18 September 1965. Tujuannya adalah untuk mengadakan suatu sistem pemegangan dan urusan tanah yang seragam di semua sebelas negeri di Semenanjung Malaysia.
Sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia ialah Sistem Torrens. Sistem ini berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan sempena nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858.
Setiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, dijamin oleh kerajaan. Dokumen hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan yang melibatkan tanah tersebut.
Setiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.
Hakmilik tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.
Kanun Tanah Negara 1965 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966 (melalui L.N. 474/1965) di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak menggunakan undang-undang tanahnya sendiri. Penggunaan Kanun Tanah Negara 1965 telah mengakibatkan beberapa undang-undang tanah yang berkuatkuasa sebelum 1 Januari 1966 dimansuhkan. Senarai undang-undang yang terpaksa dimansuhkan terdapat dalam Jadual Ke Sebelas Kanun Tanah Negara.