Kanun Tanah Negara 1965 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966 (melalui L.N. 474/1965) di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak menggunakan undang-undang tanahnya sendiri. Penggunaan Kanun Tanah Negara 1965 telah mengakibatkan beberapa undang-undang tanah yang berkuatkuasa sebelum 1 Januari 1966 dimansuhkan. Senarai undang-undang yang terpaksa dimansuhkan terdapat dalam Jadual Ke Sebelas Kanun Tanah Negara.