header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1996

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Memberhentikan Amalan-amalan Membuat Penyelesaian, Memulangkan Permintaan Ukur Untuk Tujuan Pungutan Bayaran Ukur Tambahan Dan Memohon Borang-borang Hakmilik Selepas Tanah Selesai Di Ukur Dalam Proses Penyediaan Hakmilik Tetap
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai pemberhentian amalan-amalan membuat penyelesaian, memulangkan permintaan ukur untuk tujuan pungutan bayaran ukur tambahan dan memohon borang-borang hakmilik selepas tanah selesai diukur dalam proses penyediaan hakmilik tetap.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1994

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pelan Pra-Pengiraan (Pre-Computation Plan) (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh menyediakan pelan pra-pengiraan yang perlu dilampirkan bersama permohonan pecah sempadan tanah dan permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan perlunya kelulusan permohonan-permohonan itu diberi berdasarkan kepada pelan pra-pengiraan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1988

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Prosedur Bagi mendapatkan Pengesahan Dan Pengecualian Bayaran Ukur Bagi Rumah-rumah Kos Rendah Di Bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1981

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Masa Yang Betul Patut Dicatatkan Ke Dalam Surat Cara Urusan Dan Buku Perserahan (Disemak 2009)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah masa yang betul patut dicatatkan ke dalam suratcara urusan dan Buku Perserahan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1977

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Pendaftaran Dokumen Hakmilik Tetap Bagi Tanah Pegangan Desa Di Kawasan Penempatan Berkelompok – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) (Disemak 2007)
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran dokumen hakmilik tetap bagi tanah pegangan desa di kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1975

  • Date of Circular: Friday, 01 January 2010
  • Title of Circular: Peringatan Gadaian Di Dalam Daftar Hakmilik bagi Tanah yang Dikenakan Bayaran Cukai Pusaka (Disemak 2009).
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang cara-cara yang perlu diikuti apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran cukai pusaka..

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2007

  • Date of Circular: Thursday, 06 September 2007
  • Title of Circular: Had tempoh masa memiliki dan memegang tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dan tidak dimajukan oleh Kementerian dan Agensi Pengguna
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2005

  • Date of Circular: Tuesday, 11 January 2005
  • Title of Circular: Garis panduan Permohonan Pengambilan Tanah di bawah Perenggan 3(1)(a) APT 1960 (AKTA 486) oleh badan-badan Berkanun Semenanjung Malaysia
  • Purpose of Circular:

    Tujuan Pekeliling ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua yang berkenaan mengenai tatacara pengambilan tanah oleh Badan-bada Berkanun di mana mengikut Akta penubuhan masing-masing ada memperuntukkan suatu peruntukan yang membolehkan mengambil tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2004

  • Date of Circular: Friday, 31 December 2004
  • Title of Circular: Pindaan Garis Panduan Pemakaian Seksyen 14, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 Bagi Menguruskan Permohonan Untuk Memasukkan Pemegang Bersama (Co-Holder) Di Atas Pegangan Desa (Rural Holding)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1997

  • Date of Circular: Friday, 17 October 1997
  • Title of Circular: Penyeragaman Kadar Premium Tanah-tanah Kerajaan Yang Diberimilik Kepada Persekutuan Untuk Tapak Sekolah
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kadar premium tanah-tanah Kerajaan yang diberimilik kepada Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah hendaklah diseragamkan kepada nominal tidak melebihi RM 1,000 bagi setiap hakmilik.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1995

  • Date of Circular: Saturday, 22 April 1995
  • Title of Circular: Penyempurnaan Suratcara Urusniaga Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadhir Tanah supaya tidak menolak suratcara urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara 1965 walaupun pihak kedua dalam suratcara menyempurnakannya sebelum pihak pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1993

  • Date of Circular: Tuesday, 22 June 1993
  • Title of Circular: Peraturan Ukur Dan Garis Panduan Pecah Bahagian Bangunan
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 2/1991 berhubung dengan peraturan ukur dan garis panduan pecah bahagian bangunan yang menggantikan Pekeliling KPUP Bil. 2/1988 mengenai perkara yang sama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1992

  • Date of Circular: Tuesday, 28 April 1992
  • Title of Circular: Pernbayaran/Mendepositkan Wang Pampasan Ke atas Pengambilan Balik Tanah Bagi Pemilik-pemilik Yang Telah Meninggal Dunia Tanpa Wasiat
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah Daerah mengenai cara membayar atau mendepositkan wang pampasan atau ganti rugi ke atas tanah atau sebahagian daripada tanah yang telah diambil balik mengikut kehendak Akta Pengambilan Tahun 1960, di mana tuan-tuan punya tanah atau pemilik-pemiliknya didapati telah meninggal dunia tanpa wasiat, dan Surat Kuasa Tadbir belum dikeluarkan kepada yang berhak. Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah mengesyorkan agar wang pampasan itu diserahkan pada pihaknya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1990

  • Date of Circular: Monday, 12 March 1990
  • Title of Circular: Mewujudkan Sistem Pelaporan Maklumat Asas Dan Laporan Kemajuan Pengurusan Tanah Yang Seragam Dan kemaskini
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai perlunya mengadakan satu sistem yang seragam berhubung dengan pelaporan Maklumat Asas Pentadhiran Tanah dan Laporan Kemajuan Pengurusan Tanah yang kemaskini. Dengan menggunakan format-format yang seragam Pentadbir-Pentadbir Tanah dapat memastikan penyimpanan rekod-rekod secara teratur dan berterusan. Di samping itu, ianya memudahkan Pentadbir-pentadbir Tanah menganalisa data-data yang dikumpulkan dan menentukan pencapaian prestasi kerja pegawai-pegawai dan kakitangan khasnya dan pentadbiran tanah daerah amnya.

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 64

This Week 14350

This Month 8120

Total 9266475

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here