Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai cara menempatkan pemohon atau pemilik tanah hakmilik sementara.
Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan pecah bahagian tanah yang boleh dibuat oleh pemilik berdaftar atau pemilik berdaftar bersama yang mempunyai syer majoriti sebagaimana yang dinyatakan oleh seksyen 141A Kanun Tanah Negara 1965 tanpa persetujuan daripada pemilik berdaftar bersama yang lain.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pembatalan catatan persetujuan pemegang gadaian yang diendors di dalam dokumen hakmilik daftar (DHD) akibat daripada urusan serah balik dan berimilik semula yang tidak diteruskan atau dibatalkan, selaras dengan pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini bertujuan menasihat Pentadbir Tanah mengenai permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh pemegang surat kuasa wakil bagi pengubahan syarat, pecah sempadan tanah, pecah bahagian, penyatuan tanah, penyerahan tanah, penyerahan dan pemberimilikan semula, pecah bahagian bangunan dan lain-lain jenis permohonan di bawah Penggal III sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian Sembilan (A) Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai penentuan tarikh penyempurnaan bagi suratcara-suratcara urusan untuk tujuan pungutan bayaran pendaftaran lewat.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah mengenai keperluan untuk melantik sekurang-kurangnya dua (2) orang pentadbir harta pusaka (administrator) bagi hakmilik atau daftar pegangan melibatkan tanah-tanah si mati, di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Langkah ini adalah merupakan usaha untuk memperkemaskan lagi urusan pentadbiran harta pusaka kecil melibatkan hakmilik tanah-tanah si mati di bawah Akta berkenaan, khususnya yang melibatkan peneroka-peneroka FELDA yang telah meninggal dunia di mana perintah penurunan milik langsung kepada waris tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam surat cara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri atau dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].