header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekelilling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 9/2026

  • Date of Circular: Tuesday, 18 August 2026
  • Title of Circular: Panduan Pelaksanaan Penambahbaikan Norma Masa Proses Kerja Pengeluaran Hakmilik Strata Selaras Dengan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [AktaA14501]
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan penambahbaikan norma masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya selaras dengan pindaan terbaru kepada Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] melalui pindaan Akta A1450.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2026

  • Date of Circular: Friday, 07 August 2026
  • Title of Circular: Pengurusan Permohonan Memecah Bahagian Tanah Menurut Seksyen 140 Hingga 145 Kanun Tanah Negara [Akta 828]
  • Purpose of Circular: Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri dan Wilayah Persekutuan (PTG), Pentadbir Tanah (PT), Pendaftar dan pihak berkuasa perancangan (PBP) mengenai penambahbaikan proses permohonan memecah bahagian tanah menurut peruntukan Seksyen 140 hingga 145 Kanun Tanah Negara [Akta 828).

Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2026: Perintah Pusaka Yang Melibatkan Warga Asing Dan Kebolehdaftarannya Menurut Seksyen 433B(1) Kanun Tanah Negara (Semakan-2020) [Akta 828]

  • Date of Circular: Monday, 13 July 2026
  • Title of Circular: Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2026: Perintah Pusaka Yang Melibatkan Warga Asing Dan Kebolehdaftarannya Menurut Seksyen 433B(1) Kanun Tanah Negara (Semakan-2020) [Akta 828]

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2026

  • Date of Circular: Wednesday, 22 April 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran permit untuk menggunakan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab di bawah seksyen-seksyen 75A-75G, Bab 4, Sahagian Empat, Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2026

  • Date of Circular: Wednesday, 22 April 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai:

    (i)        pungutan bayaran ukur mengikut kadar baru sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur)(Pindaan) 1975 [P. U. (A) 438/1975] yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1976;

    (ii)       tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur bagi pembangunan tanah dan baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486];

    (iii)      kutipan bayaran ukur bagi kos dimana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor) setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong;

    (iv)      pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor); dan

    (v)       keperluan untuk tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap diukur semula setelah kembali menjadi tanah Kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan dalam hakmilik atau yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2026

  • Date of Circular: Wednesday, 08 April 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kaedahPekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kaedahpenempatan dan pemerengganan tanah kepada pemohon atau tuan punya tanahyang telah didaftarkan hakmilik sementara untuk menduduki dan menggunakan tanahyang belum diukur menurut seksyen 396 Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN).

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2026

  • Date of Circular: Wednesday, 08 April 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai cara mengubah syarat-syarat pemberimilikan tanah yang diduduki secara sah berdasarkan pemberimilikan tanah di bawah undang-undang tanah terdahulu (yang juga dikenali sebagai tanah "Approved Application" atau "Approved Occupation" - 'A.A/AO.').

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2026

  • Date of Circular: Wednesday, 08 April 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar dan Pentadbir Tanah mengenai kedudukan kategori penggunaan tanah bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan tertakluk kepada subseksyen 53(2) Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN) apabila tanah itu dijadikan tanah pekan atau tanah bandar.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2026

  • Date of Circular: Tuesday, 03 March 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1 /2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kemasukan kaveat pendaftar bagi pengurusan harta pusaka kecil selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026

  • Date of Circular: Tuesday, 03 March 2026
  • Title of Circular: Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara yang perlu dipatuhi apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran duti harta pesaka menurut Enakmen Duti Harta Pesaka 1941 [F.M.S. 7/1941].

Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026: Penambahbaikan Aspek Operasi Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] Yang Berkaitan Dengan Operasi Kanun Tanah Negara (Semakan – 2020) [Akta 828]

  • Date of Circular: Wednesday, 04 February 2026
  • Title of Circular: Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2026: Penambahbaikan Aspek Operasi Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] Yang Berkaitan Dengan Operasi Kanun Tanah Negara (Semakan – 2020) [Akta 828]

Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2026 : Tanggungjawab Pendaftar Atau Pentadbir Tanah Dalam Memberi Kesan Kepada Arahan Atau Perintah Daripada Mahkamah Tinggi Syariah Menurut Seksyen 421A Kanun Tanah Negara [AKTA 828]

  • Date of Circular: Thursday, 29 January 2026
  • Title of Circular: Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2026 : Tanggungjawab Pendaftar Atau Pentadbir Tanah Dalam Memberi Kesan Kepada Arahan Atau Perintah Daripada Mahkamah Tinggi Syariah Menurut Seksyen 421A Kanun Tanah Negara [AKTA 828]

Pekeliling KPTG Bil 1/2025 Pembatalan Pekeliling-Pekeliling Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil

  • Date of Circular: Tuesday, 13 January 2026
  • Title of Circular: Pekeliling KPTG Bil 1/2025 Pembatalan Pekeliling-Pekeliling Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil
  • Purpose of Circular:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perubahan dan pembatalan pekeliling-pekeliling dalam pengurusan harta pusaka kecil susulan pindaan ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A 1643].

Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2025: Keputusan Majlis Tanah Negara Ke-81 Mengenai Dasar Pelupusan Tanah Bagi Projek Pengairan Saliran Pertanian (Sawah Padi) Di Bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM

  • Date of Circular: Tuesday, 11 November 2025
  • Title of Circular: Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2025: Keputusan Majlis Tanah Negara Ke-81 Mengenai Dasar Pelupusan Tanah Bagi Projek Pengairan Saliran Pertanian (Sawah Padi) Di Bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan(KPKM)
  • Purpose of Circular:

    KPKM bertanggungjawab memastikan baki tanah-tanah berimilik yang terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah diukur sebagaimana peruntukan seksyen 25 hingga 28 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] agar hak milik sambungan boleh didaftarkan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah.

Surat Edaran Ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 3/2025

  • Date of Circular: Tuesday, 21 October 2025
  • Title of Circular: Keperluan Kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Permohonan Penyerahan Balik Keselurahn Tanah dan Pemberimilikan Tanah Kerajaan Yang Diproses secara Bersekali Menurut Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara [AKTA 828]
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Today 4674

This Week 4674

This Month 237769

Total 12616941

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here