Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai pengeluaran permit untuk menggunakan ruang udara atas tanah Kerajaan atau tanah rizab di bawah seksyen-seksyen 75A-75G, Bab 4, Sahagian Empat, Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai:
(i) pungutan bayaran ukur mengikut kadar baru sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur)(Pindaan) 1975 [P. U. (A) 438/1975] yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1976;
(ii) tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur bagi pembangunan tanah dan baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486];
(iii) kutipan bayaran ukur bagi kos dimana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor) setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong;
(iv) pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor); dan
(v) keperluan untuk tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap diukur semula setelah kembali menjadi tanah Kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan dalam hakmilik atau yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara [Akta 828].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kaedahPekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kaedahpenempatan dan pemerengganan tanah kepada pemohon atau tuan punya tanahyang telah didaftarkan hakmilik sementara untuk menduduki dan menggunakan tanahyang belum diukur menurut seksyen 396 Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai cara mengubah syarat-syarat pemberimilikan tanah yang diduduki secara sah berdasarkan pemberimilikan tanah di bawah undang-undang tanah terdahulu (yang juga dikenali sebagai tanah "Approved Application" atau "Approved Occupation" - 'A.A/AO.').
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar dan Pentadbir Tanah mengenai kedudukan kategori penggunaan tanah bagi tanah desa yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan tertakluk kepada subseksyen 53(2) Kanun Tanah Negara [Akta 828] (KTN) apabila tanah itu dijadikan tanah pekan atau tanah bandar.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kemasukan kaveat pendaftar bagi pengurusan harta pusaka kecil selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara yang perlu dipatuhi apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran duti harta pesaka menurut Enakmen Duti Harta Pesaka 1941 [F.M.S. 7/1941].
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perubahan dan pembatalan pekeliling-pekeliling dalam pengurusan harta pusaka kecil susulan pindaan ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A 1643].
KPKM bertanggungjawab memastikan baki tanah-tanah berimilik yang terlibat dengan pengambilan sebahagian tanah diukur sebagaimana peruntukan seksyen 25 hingga 28 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] agar hak milik sambungan boleh didaftarkan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah.