Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Kedudukan Tanah Yang Diambil Bagi Maksud Kerajaan Persekutuan Yang Belum Diberimilik Kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar dan Pentadbir anah berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan prosedur pengeluaran salinan dokumen hak milik keluaran (DHK) kepada tuan punya tanah bersama.
Pekekliling inin dikeluarkan bertujuan sebagai panduan kepada Pendaftar dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara pengurusan penggantian dokumen hak milik keluaran (DHK) yang hilang atau rosak.
Pekeliling KPTG Bilangan 1/2021 -Pengenaan Moratorium Ke Atas Penjualan Rumah Atau Unit Kediaman Di Bawah Projek Perumahan Bersubsidi Kerajaan Persekutuan
Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Tahun 2013 hingga 2019 sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran tanah di seluruh negeri.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perkara-perkara yang berkaitan urusan-urusan pengukuran dalam pendaftaran sesuatu dokumen hakmilik termasuk urusan penukaran hakmilik sementara (Qualified Title) kepada hakmilik tetap (Final Title) dan pendaftaran hakmilik tetap tanpa mengeluarkan hakmilik sementara terlebih dahulu.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati semua Pentadbir Tanah mengenai pemilikan hartanah oleh warganegara asing atau syarikat asing.
Pekeliling ini adalah bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pengurusan kaveat persendirian susulan pindaan kepada seksyen 323, seksyen 324, seksyen 325 dan seksyen 326 Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516].
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri (PTG), Pentadbir Tanah Daerah (PTD) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan mengenai penambahbaikan proses permohonan pecah bahagian tanah menurut peruntukan seksyen 140 hingga seksyen 145 Kanun Tanah Negara (Disemak-2020) [Akta 828].
Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan dalam urusan pengambilan tanah bawah tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia sebagai panduan kepada Pentadbir Tanah dałam pelaksanaan urusan pendudukan atau penggunaan sementara tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016 [Akta A1517].
Pekeliling ini dikeluarkan selepas dipersetujui oleh Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri Semenanjung dan Wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia bagi tujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan berhubung urusan pengambilan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai kutipan deposit yang boleh dikenakan bagi tujuan pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara dibawah seksyen 68A Kanun Tanah Negara [Akta No.56 Tahun 1965]("KTN")
Pekeliling ini adalah untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah Negara (Pindaan) 2016 [Akta A 1516] sebelum meneruskan tindakan pendaftaran suratcara urusan yang disertakan dengan bukti mengenai pertukaran nama.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir-pentadbir tanah berhubung dengan tindakan oleh sesuatu Pihak Berkuasa Perancangan selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa(Pindaan) 2001 [Akta A1129]