header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 2/2009

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 01 September 2009
  • Tajuk Pekeliling: Garis panduan pengurusan perintah jualan tanah atau pajakan oleh pentadbir tanah atas permintaan pemegang gadaian.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada Pentadbirpentadbir Tanah bagi menguruskan permohonan pemegang gadaian untuk mendapatkan perintah jualan tanah atau pajakan secara lelongan awam mengikut seksyen 260 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) apabila berlaku kemungkiran (default) perjanjian gadaian oleh penggadai.

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2009

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 02 Mei 2009
  • Tajuk Pekeliling: Perkara - perkara yang perlu dipatuhi oleh semua kementerian / jabatan di dalam urusan perolehan tanah / bangunan melalui pembelian.
  • Tujuan Pekeliling:

    Surat Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memperjelaskan lagi Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2008 (PTP 3/2008) khususnya mengenai perolehan tanah/bangunan yang dibuat melalui kaedah pembelian.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2008

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 03 Februari 2009
  • Tajuk Pekeliling: Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah kerajaan di Sabah, kadar bayaran permohonan dan senarai semak yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk :

    1. Menerangkan peranan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah,
    2. Memaklumkan bayaran permohonan yang perlu disertakan semasa mengemukakan permohonan; dan
    3. Meminta KJP mengemukakan senarai semak seperti di lampiran semasa mengemukakan permohonan tanah kepada PTP untuk dipanjangkan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2009

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Januari 2009
  • Tajuk Pekeliling: Panduan pelaksanaan penilaian ke atas kepuasan Pelanggan di pentadbiran tanah negeri
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah- Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir–Pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan melalui kaji selidik yang seragam dan peranan mereka untuk melaksanakan penilaian kepuasan pelanggan itu. Panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2008

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 11 Ogos 2008
  • Tajuk Pekeliling: Panduan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik Strata.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 01 Julai 2008
  • Tajuk Pekeliling: Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2008

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 28 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Mesej dari mesyuarat khas KSU/PTG pada 28 februari 2008
  • Tujuan Pekeliling:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri mengenai beberapa mesej yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU NRE) kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG Negeri) semasa Mesyuarat Khas KSU NRE dengan PTG Negeri pada 28 Februari 2008 yang lalu bertempat di Bilik Mutiara, Aras 13, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,Wisma Sumber Asli, di Putrajaya.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Pematuhan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara mengenai dasar pemberimilikan tanah dalam kampong kampung baru.
  • Tujuan Pekeliling:

    Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke 36 dan Ke 37 masing-masing pada 23 Mac 1983 dan 30 Januari 1984 semasa membincangkan cadangan pindaan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN), 1965 supaya dimansuhkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri memberimilik tanah secara pegangan kekal (in perpetuity), telah memutuskan bahawa pelupusan tanah kerajaan secara pegangan kekal di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dikekalkan hanyalah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti sekiranya tanah persendirian berpegangan kekal telah diambilbalik tetapi tidak diperlukan lagi oleh kerajaan maka tanah tersebut boleh diberimilik semula kepada pemilik asal secara pegangan kekal.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
  • Tujuan Pekeliling:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.
  • Tujuan Pekeliling:

    Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2008

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Mei 2008
  • Tajuk Pekeliling: Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran
  • Tujuan Pekeliling:
    1. Edaran khas ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan di kaunter pentadbiran tanah.
    2. Ianya bersifat pentadbiran, yang menggariskan penggunaan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi tujuan perserahan.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 27 Februari 2008
  • Tajuk Pekeliling: Usaha-usaha penambahbaikan bagi menggalakkan pemilik-pemilik tanah menjelaskan cukai tanah.

Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2008

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 27 Februari 2008
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Perizapan Tanah Kerajaan bagi maksud sistem perkhidmatan pembetungan

Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2007

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 24 Oktober 2007
  • Tajuk Pekeliling: Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG negeri bagi permohonan tanah (untuk mendapatkan hakmilik/rizab) untuk kegunaan kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan pengguna (KJP) dan fee Permohonan Tanah.
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk:

    1. Memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja;
    2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan
    3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini. 

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2007

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 06 September 2007
  • Tajuk Pekeliling: Had tempoh masa memiliki dan memegang tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dan tidak dimajukan oleh Kementerian dan Agensi Pengguna
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 41

Minggu Ini 14969

Bulan Ini 54847

Keseluruhan 9249129

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini