Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kuasa-kuasa untuk menolak atau menahan kemasukan kaveat pemegang lien.
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai garis panduan permohonan bagi melaksanakan subseksyen 14(2) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kaedah dan pendekatan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli bagi kawasan dan rizab Orang Asli.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tanggungjawab terhadap keselamatan dan jagaan hakmilik di dalam simpanan mereka.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.
Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.