Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perolehan tanah oleh perkongsian liabiliti terhad dan urusniaga yang berkaitan dengannya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.
Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan di bawah kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan takrifan 'kampong' yang dinyatakan di dalam syarat nyata hakmilik tanah yang tiada kategori penggunaan tanah serta berlaku sebelum Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) dikuatkuasakan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kemasukan kaveat pendaftar bagi pengurusan harta pusaka kecil selaras dengan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tatacara yang perlu dipatuhi apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran duti harta pesaka menurut Enakmen Duti Harta Pesaka 1941 [F.M.S. 7/1941].
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan kepada semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perubahan dan pembatalan pekeliling-pekeliling dalam pengurusan harta pusaka kecil susulan pindaan ke atas Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] melalui Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 [Akta A 1643].
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai tempoh masa KJP boleh memegang dan mengawal sesuatu tanah milik Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan Penarafan Bintang di pentadbiran Tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi tujuan:-
i. sebagai garis panduan kepada semua Kementerian dan Jabatan Pengguna (KJP) Persekutuan mengenai prosedur permohonan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Bab 69 di Sabah;
ii. memastikan pembangunan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang optimum selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah; dan
iii. membantu dalam pemantauan dan tindakan susulan daripada JKPTG dan KJP sehingga hak milik didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.