Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai tempoh masa KJP boleh memegang dan mengawal sesuatu tanah milik Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.
Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan Penarafan Bintang di pentadbiran Tanah.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi tujuan:-
i. sebagai garis panduan kepada semua Kementerian dan Jabatan Pengguna (KJP) Persekutuan mengenai prosedur permohonan pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah Ordinan Pengambilan Tanah Sabah Bab 69 di Sabah;
ii. memastikan pembangunan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang optimum selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Sabah; dan
iii. membantu dalam pemantauan dan tindakan susulan daripada JKPTG dan KJP sehingga hak milik didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung tatacara penukaran hakmilik tanah daripada hakmilik sementara (qualified title) kepada hakmilik tetap (final title).