header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • g
  • h
  • i
  • j
  • k
  • l
  • m
  • n
  • o
  • p
  • q
  • r
  • s
  • t
  • u
  • v
  • w
  • x
  • y
  • z
  • #

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Archive

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Files

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1987

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 31 Januari 1987
  • Tajuk Pekeliling: Memasuki Tanah Milik Untuk Saluran Atas Berhubung Dengan Projek Perbekalan Eiektrik Luar Bandar
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Lembaga Letrik Negara kerana memasang saluran atas (over-head) voltan tinggi dan rendah yang melibatkan aspek berikut:

    1. Hak Lembaga Letrik Negara untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan saluran elektrik di atas tanah milik di bawah seksyen 53(1) Akta Letrik, 1949 Akta 116 (Disemak 1973) (Akta Letrik, 1949);
    2. Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan saluran elektrik di atas tanah milik di bawah seksyen 53(1) dan seksyen 58 Akta Letrik, 1949.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/1985

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 14 Disember 1985
  • Tajuk Pekeliling: Cara Untuk Menentukan Dan Kad Pengenalan Sama Ada Warganegara Atau Bukan Warganegara Berhubung Dengan Urusniaga Tanah Dan Permohonan Lain Di Bawah Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pematuhan dengan peruntukan di bawah seksyen 436A Kanun Tanah Negara. Peruntukan tersebut diadakan sebagai susulan kepada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) yang menyekat pemilikan tanah oleh orang yang bukan warganegara dan syarikat asing. Mengikut seksyen 436A, dalam membuat sebarang permohonan di bawah Kanun Tanah Negara atau semasa mengisi mana-mana borang dalam Jadual Pertama (termasuklah borang-borang urusniaga), setiap individu hendaklah memasukkan kewarganegaraannya dan nombor kad pengenalan rasmi, dan dalam kes syarikat, suatu kenyataan sama ada ianya adalah syarikat asing sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 433A.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1984

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 13 Jun 1984
  • Tajuk Pekeliling: Pengumpulan Maklumat-maklumat Asas Bagi Mewujudkan Sistem Pentadbiran Tanah Berkomputer di Pejabat-pejabat Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan sebagai susulan kepada usaha dan langkah-Iangkah yang perlu diambil untuk mengutip dan mengumpul maklumat-maklumat asas untuk mewujudkan sebahagian sistem pentadbiran tanah berkomputer di Pejabat-pejabat Tanah seperti yang telah dipersetujui dalam Persidangan Khas PTG pada 7hb Mei 1984 di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1983

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 15 Oktober 1983
  • Tajuk Pekeliling: Semakan Cukai Tanah Kali Kedua Di Bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbiran Tanah Negeri mengenai tindakan-tindakan dalam semakan cukai tanah kali kedua di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 18/1980

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 24 Januari 1980
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Di Bawah Seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pemungut-pemungut mengenai keadaan-keadaan dalam mana sesuatu permohonan di bawah seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 itu boleh dibuat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 18/1980

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 24 Januari 1980
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Di Bawah Seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pemungut-pemungut mengenai keadaan-keadaan dalam mana sesuatu permohonan di bawah seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 itu boleh dibuat.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 15/1980

  • Tarikh Pekeliling: Rabu, 23 Januari 1980
  • Tajuk Pekeliling: Memindahkan Rekod Pejabat Pendafrar Dan Pejabat Tanah Ke Arkib Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pernungut Hasil Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara No. 44/1966.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1980

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 19 Januari 1980
  • Tajuk Pekeliling: Takrif “Harta Pusaka Kecil” Di Bawah Akta 98 - Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 (Disemak - 1972)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pemungut-pemungut Hasil Tanah adalah diminta mengambil perhatian iaitu Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 telah digantikan sekarang dengan Akta 98 - Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 (Disemak - 1972). Akta 98 ini mula berkuatkuasa pada 1hb. November 1972.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1980

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 18 Januari 1980
  • Tajuk Pekeliling: Perletakanhak Tanah Atau Kepentingan Ke Atasnya Kepada Sesuatu Pihak Berkuasa Awam Di Bawah Seksyen 416 Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk rnenasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungutpemungut Hasil Tanah tentang perlunya didaftarkan perletakanhak di bawah seksyen 416 Kanun Tanah Negara sebelum sesuatu Pihak Berkuasa awam yang menuntut faedah dari perletakanhak yang tidak berdaftar itu boleh membuat apa-apa urusan berkaitan dengan tanah atau kepentingan ke atasnya yang dituntut itu.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 19/1977

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 10 Oktober 1977
  • Tajuk Pekeliling: Menahan Pembayaran Dan Membayar Sejumlah 25% Wang Pampasan Yang Patut Dibayar Kepada Seorang Yang Berkepentingan Di Dalam Sesuatu Kes Pengambilan Balik Tanah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29 dan 29A Undang-undang Pengambilan Balik Tanah, 1960 bersabit dengan menahan pembayaran dan membuat pembayaran 25% daripada jumlah wang pampas an yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM5,000/-.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1976

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Julai 1976
  • Tajuk Pekeliling: Jumlah Cukai Dalam Sesuatu Suratan Hakmilik
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk mensihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik Tanah dan Pemungut pemungut Hasil Tanah berkenaan dengan penulisan (jumlah cukai) yang perlu dibuat di ruangan cukai dalam sesuatu suratan hakmilik.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/1976

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Julai 1976
  • Tajuk Pekeliling: Daftar Permohonan-permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pemungut-pemungut Hasil Tanah berkenaan dengan penyelenggaraan daftar permohonan pembahagian harta pusaka kecil.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1975

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 01 Julai 1975
  • Tajuk Pekeliling: Permohonan Pembahagian Pusaka Bernialai Lebih Dari $10,000/- Yang Dibuat Sebelum 1.7.74
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai kedudukan permohonan untuk pembahagian sesuatu pesaka yang bernilai lebih dari $10,000/- dan yang telah dibuat kepada Mahkamah sebelum 1.7.1974

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1975

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 01 Julai 1975
  • Tajuk Pekeliling: Menentukan Tempoh Hakmilik Sementara Atau Hakmilik Tetap Yang Menggantikan ’Approved Application’
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pemungut-pemungut Hasil Tanah mengenai tempoh pajakan Negeri atau pajakan Mukim yang dicatat di dalam suratcara hakmilik sementara atau tetap yang menggunakan ’Approved Application’.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 16/1974

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 01 Ogos 1974
  • Tajuk Pekeliling: Pembahagian Tugas-tugas Dan Memproses Permintaan-permintaan Pembahagian Pusaka Kecil
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan supaya ditetapkan cara-cara dan pembahagian tugas-tugas dalam memproses permintaan-permintaan pembahagian pusaka kecil setelah diadakan jawatan Pegawai-pegawai Penyelesai Pusaka Kecil.

location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 145

Minggu Ini 12741

Bulan Ini 52619

Keseluruhan 9246901

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini