header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 12/1985

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 14 Disember 1985
  • Tajuk Pekeliling: Cara Untuk Menentukan Dan Kad Pengenalan Sama Ada Warganegara Atau Bukan Warganegara Berhubung Dengan Urusniaga Tanah Dan Permohonan Lain Di Bawah Kanun Tanah Negara
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pematuhan dengan peruntukan di bawah seksyen 436A Kanun Tanah Negara. Peruntukan tersebut diadakan sebagai susulan kepada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) yang menyekat pemilikan tanah oleh orang yang bukan warganegara dan syarikat asing. Mengikut seksyen 436A, dalam membuat sebarang permohonan di bawah Kanun Tanah Negara atau semasa mengisi mana-mana borang dalam Jadual Pertama (termasuklah borang-borang urusniaga), setiap individu hendaklah memasukkan kewarganegaraannya dan nombor kad pengenalan rasmi, dan dalam kes syarikat, suatu kenyataan sama ada ianya adalah syarikat asing sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 433A.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1987

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 31 Januari 1987
  • Tajuk Pekeliling: Memasuki Tanah Milik Untuk Saluran Atas Berhubung Dengan Projek Perbekalan Eiektrik Luar Bandar
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Lembaga Letrik Negara kerana memasang saluran atas (over-head) voltan tinggi dan rendah yang melibatkan aspek berikut:

    1. Hak Lembaga Letrik Negara untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan saluran elektrik di atas tanah milik di bawah seksyen 53(1) Akta Letrik, 1949 Akta 116 (Disemak 1973) (Akta Letrik, 1949);
    2. Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan saluran elektrik di atas tanah milik di bawah seksyen 53(1) dan seksyen 58 Akta Letrik, 1949.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1990

  • Tarikh Pekeliling: Isnin, 12 Mac 1990
  • Tajuk Pekeliling: Mewujudkan Sistem Pelaporan Maklumat Asas Dan Laporan Kemajuan Pengurusan Tanah Yang Seragam Dan kemaskini
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai perlunya mengadakan satu sistem yang seragam berhubung dengan pelaporan Maklumat Asas Pentadhiran Tanah dan Laporan Kemajuan Pengurusan Tanah yang kemaskini. Dengan menggunakan format-format yang seragam Pentadbir-Pentadbir Tanah dapat memastikan penyimpanan rekod-rekod secara teratur dan berterusan. Di samping itu, ianya memudahkan Pentadbir-pentadbir Tanah menganalisa data-data yang dikumpulkan dan menentukan pencapaian prestasi kerja pegawai-pegawai dan kakitangan khasnya dan pentadbiran tanah daerah amnya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1992

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 28 April 1992
  • Tajuk Pekeliling: Pernbayaran/Mendepositkan Wang Pampasan Ke atas Pengambilan Balik Tanah Bagi Pemilik-pemilik Yang Telah Meninggal Dunia Tanpa Wasiat
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah Daerah mengenai cara membayar atau mendepositkan wang pampasan atau ganti rugi ke atas tanah atau sebahagian daripada tanah yang telah diambil balik mengikut kehendak Akta Pengambilan Tahun 1960, di mana tuan-tuan punya tanah atau pemilik-pemiliknya didapati telah meninggal dunia tanpa wasiat, dan Surat Kuasa Tadbir belum dikeluarkan kepada yang berhak. Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah mengesyorkan agar wang pampasan itu diserahkan pada pihaknya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1993

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 22 Jun 1993
  • Tajuk Pekeliling: Peraturan Ukur Dan Garis Panduan Pecah Bahagian Bangunan
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 2/1991 berhubung dengan peraturan ukur dan garis panduan pecah bahagian bangunan yang menggantikan Pekeliling KPUP Bil. 2/1988 mengenai perkara yang sama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1995

  • Tarikh Pekeliling: Sabtu, 22 April 1995
  • Tajuk Pekeliling: Penyempurnaan Suratcara Urusniaga Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadhir Tanah supaya tidak menolak suratcara urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara 1965 walaupun pihak kedua dalam suratcara menyempurnakannya sebelum pihak pertama.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1997

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 17 Oktober 1997
  • Tajuk Pekeliling: Penyeragaman Kadar Premium Tanah-tanah Kerajaan Yang Diberimilik Kepada Persekutuan Untuk Tapak Sekolah
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kadar premium tanah-tanah Kerajaan yang diberimilik kepada Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah hendaklah diseragamkan kepada nominal tidak melebihi RM 1,000 bagi setiap hakmilik.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2004

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 31 Disember 2004
  • Tajuk Pekeliling: Pindaan Garis Panduan Pemakaian Seksyen 14, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 Bagi Menguruskan Permohonan Untuk Memasukkan Pemegang Bersama (Co-Holder) Di Atas Pegangan Desa (Rural Holding)

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2005

  • Tarikh Pekeliling: Selasa, 11 Januari 2005
  • Tajuk Pekeliling: Garis panduan Permohonan Pengambilan Tanah di bawah Perenggan 3(1)(a) APT 1960 (AKTA 486) oleh badan-badan Berkanun Semenanjung Malaysia
  • Tujuan Pekeliling:

    Tujuan Pekeliling ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua yang berkenaan mengenai tatacara pengambilan tanah oleh Badan-bada Berkanun di mana mengikut Akta penubuhan masing-masing ada memperuntukkan suatu peruntukan yang membolehkan mengambil tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2007

  • Tarikh Pekeliling: Khamis, 06 September 2007
  • Tajuk Pekeliling: Had tempoh masa memiliki dan memegang tanah Kerajaan Persekutuan yang belum dan tidak dimajukan oleh Kementerian dan Agensi Pengguna
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1975

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Peringatan Gadaian Di Dalam Daftar Hakmilik bagi Tanah yang Dikenakan Bayaran Cukai Pusaka (Disemak 2009).
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah tentang cara-cara yang perlu diikuti apabila satu peringatan gadaian hendak dimasukkan dalam daftar hakmilik bagi tanah yang dikenakan bayaran cukai pusaka..

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1977

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Pendaftaran Dokumen Hakmilik Tetap Bagi Tanah Pegangan Desa Di Kawasan Penempatan Berkelompok – Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran dokumen hakmilik tetap bagi tanah pegangan desa di kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1981

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Masa Yang Betul Patut Dicatatkan Ke Dalam Surat Cara Urusan Dan Buku Perserahan (Disemak 2009)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah masa yang betul patut dicatatkan ke dalam suratcara urusan dan Buku Perserahan.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1988

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Prosedur Bagi mendapatkan Pengesahan Dan Pengecualian Bayaran Ukur Bagi Rumah-rumah Kos Rendah Di Bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991

  • Tarikh Pekeliling: Jumaat, 01 Januari 2010
  • Tajuk Pekeliling: Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)
  • Tujuan Pekeliling:

    Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 1595

Minggu Ini 8328

Bulan Ini 58869

Keseluruhan 9714280

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini