Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Borang Permohonan (Borang A – Seksyen 8) yang telah lengkap diisi dan dihantar secara dalam talian hendaklah dicetak dan ditandatangani di hadapan Majistret/Pesuruhjaya Sumpah serta dihantar bersama dokumen sokongan secara fizikal (hardcopy) ke Unit Pembahagian Pusaka di mana harta tak alih simati terletak (seperti dalam slip Pengesahan Permohonan) samaada secara serahan di kaunter atau melalui poslaju/kurier. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-
1. Salinan Sijil Kematian
2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.
3. Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.
4. Dua (2) Salinan Hakmilik / Geran yang lengkap beserta Pelan Tapak bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau
Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.
5. Dua (2) Salinan Carian Rasmi yang dibeli dari Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik HSM/GM/PM atau Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG) bagi hakmilik HSD/GRN/PN.
6. Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.
7. Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, insurans, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika berkaitan).
8. Salinan dokumen Penyata Hutang Piutang simati (jika berkaitan).
Permohonan yang lengkap diterima akan diproses oleh Unit Pembahagian Pusaka yang berkenaan dan satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan kemudian. Bayaran yang dikenakan adalah 0.2% dari nilai keseluruhan harta simati dan hanya perlu dibayar sekiranya kes telah selesai dibicarakan. Sebarang pertanyaan berkaitan harta pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999.
PROSEDUR OPERASI STANDARD BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH UNTUK :
(A). MAKSUD AWAM DAN LAIN-LAIN TINDAKAN SUSULAN OLEH KEMENTERIAN/JABATAN PENGGUNA
LATAR BELAKANG PENUBUHAN TKHS
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah menubuhkan Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) bagi menerima peruntukan Kerajaan, sumbangan dari mana-mana pihak sama ada perseorangan, pihak swasta, institut-institut atau mana-mana entiti dari dalam dan luar negara bagi tujuan menyelesaikan isu permohonan hakmilik strata Bangunan Khas di Semenanjung Malaysia.
Bangunan Khas ini merujuk kepada seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) iaitu mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996 atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Penubuhan Tabung Khas Hakmilik Strata ini akan membolehkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menyediakan dana untuk membiayai kos penyelesaian permohonan hakmilik strata bagi bangunan-bangunan yang telah diklasifikasikan sebagai bangunan khas di bawah Akta Hakmilik Strata 1985.
ISU BANGUNAN KHAS
Berdasarkan data terkini daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), telah dikenal pasti sebanyak 637 skim yang melibatkan 37,623 petak di seluruh Semenanjung Malaysia yang menghadapi masalah untuk mendaftarkan hakmilik strata. Antara isuyang menjadi punca kegagalan permohonan hakmilik strata adalah seperti berikut :
JKPTG telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi menangani masalah ini seperti pindaan perundangan, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan serta penubuhan TKHS.
INISIATIF PINDAAN PERUNDANGAN
Pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 bagi memudahkan urusan permohonan hakmilik strata seperti berikut:
INISIATIF PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN
Penubuhan task force bersama PTG Negeri untuk memantau penyelesaian bangunan khas dan membantu PTG Negeri dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju yang gagal memohon hakmilik strata
CADANGAN PENYELESAIAN ISU BANGUNAN KHAS
SUMBANGAN TKHS BAGI MEMBANTU PERMOHONAN HAKMILIK STRATA BAGI BANGUNAN KHAS
Penubuhan tabung ini merupakan komitmen Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan agensi/organisasi yang turut serta menyumbang sebagai tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Melalui dana yang disediakan oleh Tabung ini, kos-kos permohonan hakmilik strata yang sepatutnya tidak menjadi bebanan kepada pemilik-pemilik petak tersebut boleh ditanggung sebahagian atau sepenuhnya oleh Tabung ini.
MANFAAT SUMBANGAN TKHS
Sumbangan boleh disalurkan melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT)/ Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama
KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN
Nama Bank
Alliance Islamic Bank Berhad
Nombor Akaun
160140010004397
Nama Akaun
Akauntan Negara Malaysia-KeTSA-T
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Bahagian Hakmilik Strata dan Stratum, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,
Aras G, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 PUTRAJAYA
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|