header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Nuzul-Quran_Web-Banner
Hari-Wanita_Web-Banner.png
ramadhan
Design21_BANNER
BPP
kliksini
banner
Peralihan to MyLAND
SystemPeralihan
Design_Banner_BPP_Callcenter
Design_Banner_BPP_Callcenter
previous arrow
next arrow
Slider

Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan boleh memberi sewaan tanah-tanah Persekutuan melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4 Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Seksyen 223 Kanun Tanah Negara (KTN) tidak melebihi 3 tahun dan melalui peruntukan tertentu dalam Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak secara menandatangani perjanjian sewaan dengan pihak penyewa. Perjanjian sewa tidak perlu didaftarkan dalam hakmilik tanah kecuali bagi perjanjian sewaan di Negeri Sabah dan Sarawak perlu didaftarkan dalam hakmilik tanah.
 
Sewaan tanah Persekutuan ini adalah untuk tempoh di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Selaku Tuan Tanah dan Pegawai Pengawal tanah rizab Persekutuan, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) akan memproses permohonan penyewaan setelah mendapat ulasan daripada KJP dan KJP perlu mengemukakan ulasan dengan kadar segera. Perjanjian penyewaan perlu ditandatangani oleh PTP dengan penyewa. Untuk membolehkan urusan penyewaan ini dijalankan dengan lebih telus. Dua (2) Jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu:

(i) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan Yang Terletak Di Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

    Jawatankuasa secara pentadbiran ini ditubuhkan sejak  tahun 2000 lagi dengan keanggotaannya seperti berikut:

Pengerusi : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Ahli : TKPTG (P);
Pengarah Seksyen Harta Tanah Persekutuan, JKPTG
Urusetia : Seksyen Penguatkuasa Dan Hasil Persekutuan (SPHP)

(ii) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

     Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 14 Jun 2006 telah mengarahkan supaya ditubuhkan Jawatankuasa di atas dengan keahliannya terdiri daripada:

Pengerusi : Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Ahli : Kementerian Kewangan;
Kementerian Wilayah Persekutuan;
Kementerian /Jabatan Pengguna ;
Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri;
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan KualaLumpur;
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Urusetia : JKPTG (SPHP)
 

Permohonan bagi menyewa Harta Tanah Persekutuan hanyalah bagi maksud-maksud berikut :

•  Menjalankan aktiviti pertanian atau perniagaan;

•  Mengeluarkan hasil pertanian, contohnya susu getah, buah kelapa sawit dan sebagainya;

•  Penyewaan ruang premis / bangunan Kerajaan Persekutuan;

•  Mengeluarkan bahan batuan; dan

•  Mengeluarkan bahan kayuan contohnya pokok getah, kayu balak dan sebagainya.

 

Sewaan ruang bangunan Persekutuan pula adalah untuk tempoh di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) yang mengawal bangunan Persekutuan yang berkenaan boleh mengurus, memproses dan meluluskan permohonan sewaan ruang bangunan yang dikawalnya. Setelah kelulusan diberi, KJP perlu mengemukakan perkara-perkara berikut ke JKPTG (SPHP):
• surat kelulusan Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP);
• perjanjian sewaan yang telah ditandatangai oleh penyewa; dan laporan penilaian JPPH;
 

PTP selaku Tuan Tanah bagi tanah berimilik dan Pegawai Pengawal bagi tanah rizab Persekutuan, maka hanya PTP yang boleh menandatangani Perjanjian Sewaan Ruang Bangunan berkenaan.

Tatacara Permohonan Sewaan Tanah Persekutuan 

Permohonan penyewaan tanah Persekutuan boleh dikemukakan secara bertulis terus kepada JKPTG. Setiap permohonan yang diterima akan diproses menurut "Standard Operating Prosedur' (SOP) JKPTG sebagaimana Carta Aliran Permohonan Sewaan Tanah Persekutuan. Satu Perjanjian Sewaan Tanah akan ditandatangani antara pemohon yang berjaya dengan PTP. Bayaran bulanan sewaan tanah persekutuan boleh dibuat secara online di laman web JKPTG http://www.kptg.gov.my/

 
Pihak yang layak memohon
 
• Badan berkanun / koperasi;
• Perbadanan / syarikat tempatan yang majoriti syernya milik warganegara Malaysia;
• Badan dan organisasi yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1960;
Individu;
• Tiada halangan dari segi undang-undang seperti diisytiharkan muflis dan sebagainya.

 
Tatacara permohonan:

Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

• Surat permohonan beserta Borang Permohonan Sewaan Tanah Persekutuan
• Borang SPHP 1/04 berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani;
• Nyatakan tujuan sewaan;

 

Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon sewaan sebagaimana berikut:

• No. Lot/no. Bangunan
• No. Hakmilik/no. Warta perizaban
• Mukim/pekan/bandar
• Daerah
• Negeri
• Salinan hakmilik
• Carian rasmi terkini
• Pelan lokasi/pelan tapak
 

Jika permohonan dari syarikat, kemukakan:

• Salinan sijil pendaftaran syarikat
• Salinan artikal MAA
• Salinan borang  24 dan 29
 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada JKPTG di alamat berikut:

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
(Seksyen Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan)
Aras 2, Blok Podium,
Lot 4G3, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 PUTRAJAYA
No. Tel. : 03-88712000
 

PROSES MANUAL PEMBANGUNAN TANAH Penafian : Panduan ini disediakan secara umum untuk panduan asas bagi permohonan-permohonan urusan di Pejabat Tanah dan Daerah. Panduan-panduan proses yang dimuatkan di Laman Web ini mungkin berbeza daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh negeri.
 
 
MAKLUMAT AM
Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik. Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.
 
KEPADA SIAPA BOLEH DIPINDAHMILIK 

  • Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
  • Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
  • Badan - Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana - mana undang-undang bertulis lain.

 
SEKATAN ATAU BATASAN KEPADA PINDAHMILIK
Mana - mana tanah yang mempunyai sekatan kepentingan, surat kebenaran pindahmilik perlu diperolehi daripada PBN
Kaveat: perlu mendapatkan pelepasan/kebenaran daripada pengkaveat.
Gadaian: perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang gadaian.
Pajakan: perlu mendapatkan kebenaran dari pemegang pajakan.
Tanah Pertanian kurang daripada 2/5 hektar (1 ekar)
Tanah Ladang (Lebih 40 hektar atau 100 ekar): perlu mendapatkan kebenaran Lembaga Tanah Ladang
Warganegara asing/ syarikat asing: perlu mendapatkan kebenaran PBN.
 
PENYAKSIAN
Penyaksian kepada pemberi dan penerima pindahmilik adalah seperti di Jadual Kelima KTN antaranya:

  • Pendaftar / Pentadbir Tanah.
  • Peguam
  • Notari Awam

* Hanya Pendaftar / Pentadbir Tanah yang boleh membuat penyaksian bagi Tanah Rezab Melayu.
 
ONE PIECE FLOW(NORMA MASA)
Pendaftaran pindahmilik boleh diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja sekiranya semua dokumen berkaitan adalah lengkap dan sempurna untuk didaftarkan.

PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH BAHAGIAN TANAH (Seksyen 142 Kanun Tanah Negara)
 
MAKLUMAT AM
Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah oleh dua (2) atau lebih orang sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang dari mereka di bawah hakmilik berasingan yang keluasannya sehampir dengan bahagiannya Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan  
DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9B yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
Untuk Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat:

  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • 'Memorandum and Article' sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal ;
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

 
BAYARAN YANG DIKENAKAN
(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)
 
KUASA MELULUSKAN
Pihak Berkuasa Negeri
 
 
PROSES MANUAL PERMOHONAN PECAH SEMPADAN TANAH (Seksyen 137 Kanun Tanah Negara)

MAKLUMAT AM
Pecah sempadan bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Tanah / Hakmilik Pendaftar, dipecah kepada dua bahagian atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuanpunya bersama yang sama.  Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.  
DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9A yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;

  • Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  • 'Memorandum and Article' sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;
  • Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;
  • Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;
  • Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang 4 C);
  • Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  • Salinan hakmilik tanah; dan
  • Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah. 


BAYARAN YANG DIKENAKAN
(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Negeri)
 
KUASA MELULUSKAN
Pihak Berkuasa Negeri
 

PERMOHONAN LESEN MENDAPATKAN PASIR DASAR LAUT DI BAWAH AKTA PELANTAR BENUA 1966

 

1. Permohonan Lesen

1.1. Kawasan yang dipohon untuk mengambil pasir adalah di kawasan pelantar benua Malaysia di bawah Akta Pelantar Benua 1966 (APB 1966).

1.2. Permohonan Lesen hendaklah menggunakan Borang 1 Jadual Pertama Pemberitahuan Pelantar Benua Penetapan Borang dan Fi (Pindaan) 2019 [P.U.(B) 184/2019] berserta dengan bayaran fi permohonan sebanyak RM3,000.00 melalui draf bank/wang pos/kiriman wang atas nama ‘Pesuruhjaya Tanah Persekutuan’. Borang ini boleh diperolehi di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan atau dimuat turun melalui laman web www.jkptg.gov.my

1.3. Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Menteri  Tenaga dan Sumber Asli
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Aras 17, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

dan disalinkan kepada;

(i) Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Aras 17, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

(ii) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Aras 3, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

(*Berserta dengan bayaran fi permohonan sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja)
dalam bentuk draf bank/wang pos/kiriman wang atas nama “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan”)

 

(iii) Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Aras 9, Menara PjH
No.2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 PUTRAJAYA

 

1.4. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan Borang 1 Jadual Pertama seperti berikut:

(i) Surat permohonan rasmi;

(ii) Borang 1 Jadual Pertama yang telah lengkap;

(iii) Pelan kawasan yang dipohon dalam bentuk hardcopy dan softcopy serta koordinatnya dalam World Geodetic System 1984 (WGS84);

(iv) Memorandum & Articles of Association (sekiranya ada);

(v) Borang 49 Akta Syarikat 1965/Seksyen 58 Akta Syarikat 2016; 

(vi) Borang 24 Akta Syarikat 1965/Seksyen 78 Akta Syarikat 2016;

(vii) Penyata kewangan beraudit syarikat bagi tahun terkini(bagi syarikat berhad);

(viii) Penyata bank tiga (3) bulan terkini yang disahkan benar(bagi permohonan daripada individu/syarikat milikan tunggal);dan

(ix) Surat tawaran membekal pasir atau memorandum persefahaman atau dokumen perjanjian dengan syarikat yang akan membeli atau menggunakan pasir.

1.5. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau kawasan yang bertindih dengan lesen yang diluluskan.

 

2. Pertimbangan Dasar

2.1. Tempoh pertimbangan dasar yang diberikan adalah enam (6) bulan dari tarikh surat pertimbangan dasar dikeluarkan dan dalam tempoh tersebut, pemohon dikehendaki:

(i) Menjalankan Kajian Kuantiti dan Kualiti Sumber Pasir Laut dan diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG);

(ii) Menjalankan Kajian Hidraulik dan diluluskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS);

(iii) Menjalankan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling [Environmental Impact Assessment (EIA)] dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS);dan

(iv) Menjalankan Pengukuran Hidrografi (Pre Dredge Survey) dan diluluskan oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN)

2.2. Sekiranya pemohon gagal menyempurnakan kajian dan pengukuran dalam tempoh yang ditetapkan, pemohon boleh mengemukakan permohonan pelanjutan pertimbangan dasar bagi memenuhi syarat-syarat pertimbangan dasar yang ditetapkan dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tamat.

2.3. PTP boleh mengesyorkan kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli untuk melanjutkan tempoh pertimbangan dasar bagi tempoh sehingga enam (6) bulan sahaja dengan syarat pemohon mengemukakan bukti bahawa kajian-kajian yang disyaratkan dalam pertimbangan dasar yang diluluskan tersebut sedang dilaksanakan.

 

3. Bayaran dan Kelulusan Lesen

3.1. Setelah semua kajian di para 2 selesai dijalankan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan/Agensi Teknikal yang berkaitan, pemohon perlu mengemukakan bayaran-bayaran seperti berikut sebelum pengeluaran lesen:

(i) Bayaran fi lesen pada kadar RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi setiap 2.59 km persegi atau sebahagian daripada kawasan yang diluluskan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dalam bentuk bank draf;

(ii) Bayaran wang cagaran berjumlah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) sebagai pematuhan terhadap syarat-syarat lesen kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dalam bentuk bank draf; dan

(iii) Bayaran wang cagaran berjumlah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) untuk kebajikan nelayan kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dalam bentuk bank draf.

 

4. Permohonan Kebenaran Beroperasi

4.1. Pelesen hendaklah dalam tempoh 14 hari sebelum memulakan operasi pengorekan pasir laut di kawasan yang diluluskan, mengemukakan maklumat berkenaan cadangan beroperasi menggunakan Borang A (Cadangan Menjalankan Operasi Mendapatkan Pasir Dasar Laut di Bawah Akta Pelantar Benua 1966) berserta dokumen sokongan berkaitan kepada JKPTG untuk kelulusan; dan

4.2. Sekiranya pelesen telah mula beroperasi mendapatkan pasir dasar laut, kadar royalti yang ditetapkan adalah RM1.00 bagi setiap meter padu pasir yang dikeluarkan untuk kegunaan tempatan dan RM4.50 bagi setiap meter padu pasir yang dikeluarkan untuk tujuan eksport ke luar negara dan bayaran hendaklah dikemukakan dalam bentuk bank draf atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dalam tempoh 14 hari dalam bulan berikutnya dengan menggunakan Borang B (Laporan Pengeluaran Pasir Laut Di Bawah Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966) berserta dokumen sokongan iaitu Borang Kastam No. 2 (K2) / Borang Kastam No. 3 (K3) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan dokumen yang berkaitan.

  • image
    23 Feb 2026
    Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
    • QT250000000004842

      PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PENGHANTARAN, PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER TIGA (3) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DAN SEMBILAN (9) UNIT MESIN PENYALIN HITAM PUTIH (HEAVY DUTY) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

    • QT250000000000777

      TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)

    • QT260000000002259

      TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN, MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)

    • QT260000000002187

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BHARU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT260000000002187 / 2026

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT,PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BAHRU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT250000000035673

      TENDER PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T01/2026)

Kalendar Aktiviti
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 2986

Minggu Ini 6011

Bulan Ini 33321

Keseluruhan 11376364

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini