Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Sila klik pada URL di bawah untuk capaian ke Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka (eTaPP) Ibu Pejabat dan JKPTG Negeri :
| BIL | NEGERI | URL |
| 1 | JKPTG Ibu Pejabat | http://www.etapp.gov.my |
| 2 | JKPTG Selangor | http://selangor.etapp.gov.my |
| 3 | JKPTG Perak | http://perak.etapp.gov.my |
| 4 | JKPTG Melaka | http://melaka.etapp.gov.my |
| 5 | JKPTG Pahang | http://pahang.etapp.gov.my |
| 6 | JKPTG WPKL | http://wpkl.etapp.gov.my |
| 7 | JKPTG Kedah | http://kedah.etapp.gov.my |
| 8 | JKPTG P.Pinang | http://penang.etapp.gov.my |
| 9 | JKPTG Johor | http://johor.etapp.gov.my |
| 10 | JKPTG Terengganu | http://terengganu.etapp.gov.my |
| 11 | JKPTG Kelantan | http://kelantan.etapp.gov.my |
| 12 | JKPTG Perlis | http://perlis.etapp.gov.my |
| 13 | JKPTG Negeri Sembilan | http://nsembilan.etapp.gov.my |
PANDUAN INI ADALAH PENERANGAN RINGKAS SAHAJA. SEKIRANYA TUAN/PUAN MEMPUNYAI MASALAH DAN INGIN MENDAPATKAN KETERANGAN DENGAN LEBIH LANJUT SILA RUJUK RUANGAN MUAT TURUN BORANG ( PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL) UNTUK MENDAPATKAN BORANG-BORANG PERMOHONAN, ALAMAT UNIT-UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA SELURUH SEMENANJUNG YANG BOLEH DIHUBUNGI SERTA PANDUAN LAIN YANG BERKAITAN.
Skim Strata
Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.
Kepentingan Hak Milik Strata
Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.
Harta Bersama
Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan
Petak Aksesori
Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
Hak-hak Pemilik Petak
Tanggungjawab Utama Pemilik Petak
Larangan terhadap pemilik petak
Kumpulan Wang Caruman (Management Fund)
Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.
Perbadanan Pengurusan
Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).
Kuasa-kuasa Perbadanan Pengurusan
Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan
Pajakan Tanah Kerajaan Persekutuan
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah tuanpunya berdaftar ke atas tanah-tanah milik Persekutuan dan sebagai Pegawai Pengawal kepada tanah tanah rizab Persekutuan. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tanah-tanah tersebut bersama dengan Kementerian-kementerian/Jabatan-jabatan Persekutuan (KJP) yang menggunakan tanah berkenaan.
Pihak yang layak memohon:
Badan berkanun / koperasi.
Tatacara permohonan:
Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut:
• No. Lot / no. Bangunan
Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada jkptg di alamat berikut:
Pajakan Kecil Untuk Ruang Pejabat / Bangunan
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bertanggungjawab menandatangani perjanjian pajakan kecil tanah dan bangunan bagi kegunaan Agensi Kerajaan Persekutuan di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak bagi tempoh penyewaan yang melebihi satu (1) tahun sahaja. Prosedur tatacara dan perjanjian seragam boleh didapati di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
|
23 Feb 2026
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|