header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Nuzul-Quran_Web-Banner
Hari-Wanita_Web-Banner.png
ramadhan
Design21_BANNER
BPP
kliksini
banner
Peralihan to MyLAND
SystemPeralihan
Design_Banner_BPP_Callcenter
Design_Banner_BPP_Callcenter
previous arrow
next arrow
Slider

Akta Pemuliharaan Tanah

Akta Pemuliharaan Tanah 1960  (Akta 385)

Pemakaian

Akta ini hanya terpakai di Negeri-negeri di Malaya (Semenanjung Malaysia) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Artikel 95D, Perlembagaan Persekutuan, Akta ini tidak terpakai di Negeri Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan Undang-undang Sabah berkaitan pemuliharaan tanah adalah terpakai kepada Wilayah Persekutuan Labuan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1984.

Memandangkan Akta ini adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang terletak dalam bidang kuasa perundangan Negeri, selaras dengan Artikel 76 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia hanyalah berkuatkuasa di mana-mana Negeri sekiranya ia diterima pakai di dalam Undang-undang Negeri tersebut.

Sehubungan itu, Akta ini telah diterima pakai oleh Negeri-negeri berikut melalui:-

  • Enakmen Johor No. 15 (1960)
  • Enakmen Kedah No. 13 (1960)
  • Enakmen Kelantan No. 6 (1960)
  • Enakmen Melaka No. 7 (1960)
  • Enakmen Negeri Sembilan No. 21 (1960)
  • Enakmen Pahang No. 13 (1960)
  • Enakmen Penang No. 4 (1960)
  • Enakmen Perak No. 6 (1960)
  • Enakmen Perlis No. 12 (1960)
  • Enakmen Selangor No. 7 (1960)
  • Enakmen Terengganu No. 9 (1960)

 
Tujuan

Untuk mengukuhkan Undang-undang berkaitan dengan pemuliharaan bukit dan perlindungan daripada hakisan tanah dan larian kelodak.
 
Peruntukan Utama

Peruntukan utama terkandung di dalam Bahagian II dan Bahagian III Akta ini. Secara umumnya, Akta ini mengandungi :

  • Peruntukan berhubung dengan pengisytiharan kawasan sebagai tanah bukit oleh Pihak Berkuasa Negeri dan peruntukan yang melarang penggunaan tanah bukit untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan pertanian dan perlombongan terhad.
  • Peruntukan yang memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mengambil tindakan terhadap tuan tanah yang mana tanahnya telah menyebabkan atau kemungkinan boleh menyebabkan kerosakan terhadap tanah yang lain, alur air atau menganggu atau kemungkinan boleh mengganggu penanaman di kawasan lain akibat daripada tanih, lumpur, kelikir, kelodak atau batuan yang dibawa daripada tanahnya.
  • Peruntukan yang memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk mengambil tindakan terhadap tuan tanah yang mana tanahnya telah rosak atau kemungkinan telah rosak akibat daripada hakisan atau pergerakan tanah, lumpur, kelikir, kelodak atau batuan dari tanah sedemikian.

 
Penalti

Mana-mana orang yang tanpa alasan munasabah gagal untuk mematuhi apa-apa perintah di bawah, atau apa-apa peruntukan Akta ini, memerlukan beliau berbuat atau melarang beliau dari berbuat suatu perbuatan atau perkara hendaklah dikenakan denda tidak melebihi Lima Ribu Ringgit dan keingkaran membuat pembayaran denda tersebut boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh di mana boleh, tertakluk kepada Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah, dan sebagaimana keadaan-keadaan itu mengkehendaki, hukuman penjara tersebut boleh dilanjutkan sehingga enam (6) bulan.

Enakmen Rizab Melayu
 
LATAR BELAKANG

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.
Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu

  • ERM Kelantan 1930
  • ERM Kedah 1931
  • ERM Perlis 1935
  • ERM Johor 1936
  • ERM Terengganu 1941

British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
 
OBJEKTIF RIZAB MELAYU
 
Terdapat dua objektif utama :-

  • Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  • Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

  
MATLAMAT

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.
 
PENGISYTIHARAN

Kuasa Pengisytiharan

Di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM). Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.
 
Tujuan Pengisytiharan

  • Untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu
  • Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu
  • Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu

 
Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

  • Tanah Kerajaan
  • Tanah Hutan Simpan
  • Tanah Rizab Awam
  • Tanah Milik

 
Syarat-syarat Pengisytiharan

  • Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
  • Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
  • Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
  • Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
  • Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]
  • Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]

 
Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.

Sumber: INSTUN
 

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok),1960

  • Akta ini bertujuan memastikan keseragaman undang-undang dan dasar bagi tujuan pelaksanaan kawasan penempatan berkelompok dan syarat-syarat untuk pemberimilikan dan penempatan tanah di kawasan tersebut serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
  • Akta ini telah dipinda pada tahun 2002 dan berkuatkuasa pada 26 Disember 2002. Rentetan daripada pindaan yang telah dilakukan, pemilikan di kawasan luar bandar dibawah Akta Kawasan Penempatan Berkelompok boleh diberimilik dan dipegang bersama antara tidak lebih daripada dua orang pemilik.
  • Seksyen yang telah dipinda ialah Seksyen 7, Seksyen12, Seksyen14, Seksyen15. Sementara Seksyen16 telah dikeluarkan daripada Akta tersebut. Borang AA telah diperkenalkan sebagai satu borang baru yang perlu diisi dalam kes pemindahan bahagian milik persendirian kepada isteri, bekas isteri atau saudara pemilik.

Latar belakang Kanun Tanah Negara

Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Ia tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setakat mana ianya mengenai tanah, peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain yasng diluluskan sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini.

 

Kecuali setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan:

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pemegang adat;

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai rizab Melayu dan pemegangan Melayu.

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai perlombongan.

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai tanah kesultanan.

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf dan bait-ul-mal.

 

Enakmen Penempatan Terengganu, 1356.

 

Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan), 1967.

 

Akta Penempatan Tanah Kelantan, 1955.

 

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

 

Enakmen Penempatan Tanah Perlis 1960.

 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pengecualian dari pembayaran hasil tanah.

  • image
    23 Feb 2026
    Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
    • QT250000000004842

      PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PENGHANTARAN, PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER TIGA (3) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DAN SEMBILAN (9) UNIT MESIN PENYALIN HITAM PUTIH (HEAVY DUTY) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

    • QT250000000000777

      TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)

    • QT260000000002259

      TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN, MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)

    • QT260000000002187

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BHARU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT260000000002187 / 2026

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT,PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BAHRU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT250000000035673

      TENDER PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T01/2026)

Kalendar Aktiviti
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 2986

Minggu Ini 6011

Bulan Ini 33321

Keseluruhan 11376364

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini