header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Nuzul-Quran_Web-Banner
Hari-Wanita_Web-Banner.png
ramadhan
Design21_BANNER
BPP
kliksini
banner
Peralihan to MyLAND
SystemPeralihan
Design_Banner_BPP_Callcenter
Design_Banner_BPP_Callcenter
previous arrow
next arrow
Slider

Senarai Semak Seksyen 4

  1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap
  2. Pengesahan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai kos pampasan kerosakan akibat kerja-kerja ukur dan kajian tanah.

 
Senarai Semak Seksyen 8

  1. Pelan Pengambilan Tanah yang lengkap
  2. Sijil Carian Rasmi/ Persendirian yang terkini.
  3. Ulasan dari Jabatan-Jabatan Teknikal.
  4. Ulasan dari Jabatan Alam Sekitar.
  5. Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah atau Jawatankuasa seumpamanya.
  6. Pengesahan peruntukan pampasan yang mencukupi termasuk kos penandaan dan lain-lain kos.
  7. Surat Perakuan segera (Borang I)

Akta Hakmilik Strata 1985

  • Akta Hakmilik Strata 1985 adalah akta untuk memudahkan pecah bahagi bangunan atau tanah kepada petak-petak, pelupusan hakmilik-hakmilik dan kutipan cukai dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
  • Akta ini telah dipinda sebanyak 6 kali dengan pindaan terakhir adalah Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2016 yang telah berkuatkuasa di seluruh pentadbiran negeri pada 1 Januari 2017. Pindaan ini adalah seperti berikut:
  1. Akta A753 – pindaan tahun 1990
  2. Akta A951 – pindaan tahun 1996
  3. Akta A1107 – pindaan tahun 2001
  4. Akta A1290 – pindaan tahun 2007
  5. Akta A1450 – pindaan tahun 2013
  6. Akta A1518 – pindaan tahun 2016
  • Evolusi perundangan hakmilik strata adalah seperti berikut:

 

infografik strata

 

 

Akta Pelantar Benua

Latar Belakang

  • Menurut seksyen 2, Akta Pelantar Benua (APB),1966 (Disemak 1972),‘Pelantar Benua’ ditakrifkan sebagai “dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri-Negeri, yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau jika dalamnya air superjasen membolehkan eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut, di mana-mana tempat yang lebih dalam”.
  • Di bawah seksyen 4(4) APB, kuasa meluluskan lesen untuk mengambil pasir di kawasan pelantar benua adalah terletak di bawah bidang kuasa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Apa yang dimaksudkan oleh takrif kawasan ‘pelantar benua’ ialah suatu kawasan di luar kawasan ‘territorial waters’ negeri-negeri.
  • Di bawah seksyen 4(2), Emergency Essential Powers Ordinance No 7 of 1969 (Pindaan) yang diwartakan sebagai P.U (A) 468/ 1969, bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966, ‘territorial waters’ tersebut ditakrifkan sebagai suatu perairan laut ‘adjacent to the coast not exceeding three nautical miles measured from the low water mark’. Ini bermakna kawasan yang di luar tiga batu nautika yang diukur dari tikas surut perbani (low water mark) adalah kawasan pelantar benua dan sehubungan dengan itu Y.B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, menteri yang dipertanggungjawabkan mengenainya di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri, 1969  berkuasa di bawah seksyen 4(4) APB bagi mengeluarkan lesen untuk mengambil pasir di kawasan yang berkenaan.
  • Adalah menjadi budibicara mutlak Y.B. Menteri di bawah seksyen 4 (6) APB untuk menetapkan pemberian lesen dan seberapa banyak lesen boleh diberikan kepada orang atau syarikat yang sama.
  • Perkara 3 (2) dan (3) Warta Kerajaan P.U.(B) 365/1985, Pemberitahuan Pelantar Benua (Penetapan Borang dan Fee) menetapkan permohonan lesen menjelajah, mencarigali, menggerek, melombong atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan galian dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua di bawah seksyen 4, APB; hendaklah diserah kepada dan diproses oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (dulunya Ordinan Pembahagian Pusaka Kecil 1955) merupakan undang-undang utama yang dipakai dalam pengurusan pusaka kecil. Sejak diterima pakai sehinggalah sekarang, beberapa semakan dan pindaan telah dibuat.

Secara keseluruhannya akta ini menerangkan takrif pusaka kecil disamping menjelaskan bidang kuasa, proses kerja yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran perintah hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi. Di samping akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang-borang dalam urusan penyelesaian pusaka kecil.

Dalam menentukan pembahagian, Hukum Faraid dipakai bagi harta pusaka orang-orang Islam, manakala Akta Pembahagian 1958 dipakai bagi kematian bukan Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith, di antaranya ayat 11,12 dan 176 dari Surah An Nisa.

 

  • image
    23 Feb 2026
    Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
    • QT250000000004842

      PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PENGHANTARAN, PENYELENGGARAAN DAN BACAAN METER TIGA (3) UNIT MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DAN SEMBILAN (9) UNIT MESIN PENYALIN HITAM PUTIH (HEAVY DUTY) JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

    • QT250000000000777

      TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM MYLAND DAN PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG) BAGI TEMPOH 43 BULAN (T02/2026)

    • QT260000000002259

      TENDER PERKHIDMATAN SERAH URUS BAGI PENGURUSAN FAIL TERMASUK PENYEWAAN TEMPAT, PERKHIDMATAN PENGURUSAN, MENYELENGGARA DAN MENYIMPAN REKOD DAN FAIL SERTA PERKHIDMATAN PENGESANAN SEMULA (RETRIEVAL) UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T03/2026)

    • QT260000000002187

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT, PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BHARU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (JKPTG) PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT260000000002187 / 2026

      PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT,PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA (PPP) JOHOR BAHRU, JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR (SH02/2026)

    • QT250000000035673

      TENDER PERKHIDMATAN SEWAAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (T01/2026)

Kalendar Aktiviti
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
location
Aras 4, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855

                   QRCode

Hari Ini 96

Minggu Ini 6116

Bulan Ini 33426

Keseluruhan 11376469

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini