Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
1. Memberikan khidmat nasihat dalam bidang perundangan .
2. Menjadi sumber rujukan kepada jabatan mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
3. Membantu proses gubalan undang-undang bagi perundangan di bawah tanggungjawab jabatan.
4. Mewakili jabatan untuk memfailkan tuntutan ke mahkamah.
5. Menyediakan maklum balas kes-kes sivil untuk Jabatan Peguam Negara.
Visi
Peneraju kepada sistem perundangan tanah Negara di peringkat persekutuan.
Misi
Memperkasakan dan mendukung pelaksanaan sistem perundangan tanah negara.
Objektif
Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
Di peringkat awal seksyen ini dikenali sebagai Bahagian Penguatkuasaan Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967 yang terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1967. Pada 3 Februari 1975, bahagian ini dipindahkan ke Kementerian Tanah dan Galian (kini dikenali sebagai Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi). Kesemua pegawai dan kakitangan telah dipindahkan ke kementerian tersebut. Pemindahan ke Jabatan Tanah dan Galian telah dilakukan pada bulan Februari 1983 dan dijadikan sebagai salah satu seksyen, iaitu Seksyen Penguatkuasaan Akta Penanam Padi 1967.
Selaras dengan Seksyen Penguatkuasaan Akta Penanam Padi 1967, pada peringkat awalnya, fungsi utamanya difokuskan pada Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967. Walau bagaimanapun, pada tahun 1993, disebabkan peningkatan tugasan di Seksyen Harta Tanah Persekutuan, maka pihak pengurusan telah memutuskan bahawa bebanan kerja yang berkaitan dengan:
Dilaksanakan oleh Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan) 1967. Seksyen ini kemudiannya ditukar kepada Seksyen Penguatkuasaan & Hasil Tanah Persekutuan.
Walau bagaimanapun, bermula 19 April 1995, beban tugas Seksyen Penguatkuasaan & Hasil Tanah Persekutuan telah bertambah lagi dengan mengambil alih tugasan Seksyen Harta Tanah Persekutuan, iaitu urusan memproses penyerahan/ pelepasan tanah/ tanah Persekutuan yang dirizabkan kepada Kerajaan Negeri untuk kegunaan awam.
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|