Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) (JKPTG) Kedah ditubuhkan pada tahun 2000. JKPTG Kedah beroperasi di Tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Star. Terdapat 4 unit yang diletakkan di bawah pengurusan JKPTG Kedah iaitu:
1. Unit Pengambilan Tanah (UPT)
Unit Pengambilan Tanah (UPT) telah diwujudkan di JKPTG Kedah pada bulan Februari 1998. Unit ini bertanggungjawab mengendalikan urusan Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Pada ketika itu, UPT diketuai oleh Penolong Pengarah, dua (2) orang Pegawai Petempatan Kanan, dua (2) orang Pegawai Petempatan Biasa, dua (2) orang Pembantu Tadbir, seorang (1) Pelukis Pelan, dua (2) orang Penghantar Notis, seorang (1) Pembantu Tadbir Rendah dan seorang (1) Pekerja Rendah Awam.
2. Unit Tanah Persekutuan (UTP)
Unit Tanah Persekutuan (UTP) JKPTG Kedah ditubuhkan pada bulan Julai 2001 dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Akta Penanam Padi sebagai Ketua Unit serta semua Penolong dan Pembantu Penguatkuasa Akta Penanam Padi Negeri Kedah seramai enam (6) orang dan dua (2) orang Penolong Pegawai Tanah serta seorang (1) Pelukis Pelan. Tugasan anggota UTP pada masa itu dibuat secara sambilan kerana semua anggotanya mempunyai tugas hakiki di unit masing-masing. Mulai tahun 2002 unit ini telah diperkemaskan lagi dengan mewujudkan satu jawatan Penolong Pengarah dan meletakkan seorang (1) Pembantu Penguatkuasa dan seorang (1) Penolong Pegawai Tanah yang bertugas secara tetap. Ia adalah bertujuan untuk menyelaras segala tugas dan arahan dari Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) dan Seksyen Penguatkuasa & Hasil Persekutuan (SPHP) Ibu Pejabat. Anggota-anggota lain masih lagi kekal menjalankan tugas mengikut arahan dari masa ke semasa.
3. Unit Pembahagian Pusaka Kecil
Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mula diwujudkan pada tahun 1974. Unit ini mula beroperasi di negeri Kedah pada tahun 1979 dengan dua (2) buah cawangan pada masa itu iaitu cawangan Kedah Tengah di Kuala Nerang dan cawangan Kedah Utara di Bangunan Koperasi Pegawai-pegawai Agama Negeri Kedah No. 1787-P, Jalan Teluk Wanjah, Alor Star, Kedah. Kedua-dua pejabat cawangan ini kemudiannya ditempatkan bersama pada tahun 1984 di Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja, Alor Star, Kedah dan pada tahun 1995, unit ini berpindah ke tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Star sehingga ke hari ini.
1. Unit Pengambilan Tanah
Mengendalikan serta menyelaras proses pengambilan tanah di Negeri Kedah Darul Aman.
Mempastikan proses pengambilan tanah diurus mengikut:
2. Unit Tanah Persekutuan
i. Tukar kegunaan
ii. Pelepasan
iii. Penyewaan
iv. Penguatkuasaan
3. Unit Pembahagian Pusaka Kecil
1. Unit Pengambilan Tanah
JKPTG Negeri Perak ditubuhkan pada bulan 4 tahun 2000. Berpindah daripada Bangunan PTG Perak 2001 ke Tingkat 4, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak. JKPTG Negeri Perak mempunyai 4 lagi cawangan bagi Unit Pembahagian Pusaka Kecil selain di Ipoh sendiri iaitu di Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Tapah. Jumlah kakitangan keseluruhan tidak termasuk unit pembahagian pusaka kecil ialah 44 orang.
1. Unit Pentadbiran & Kewangan
2. Unit Hartanah Persekutuan & Penguatkuasaan
3. Unit Pengambilan Tanah
4. Unit Teknologi Maklumat
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 2000. Sebelum itu ia dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) yang mana berfungsi khusus bagi memproses pengambilan tanah untuk projek-projek Persekutuan. Manakala, Unit Pusaka berfungsi secara berasingan. UKB Selangor diwujudkan pada 1 April 1979 dan ditempatkan di Pejabat PTG Negeri. Terdapat dua unit iaitu UKB Shah Alam dan UKB Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebelum ia ditukar menjadi JKPTG Negeri. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Tingkat 10, Plaza Masalam Shah Alam setelah berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Mac 2003. Pada tahun 2010, Jabatan ini telah berpindah ke bangunan sendiri di Bandar Baru Klang.
1. Harta Tanah Persekutuan
Mengumpul maklumat, menyelaras dan menyelia harta tanah persekutuan.
2. Pembahagian Pusaka
Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil.
3. Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan
Menyedia laporan, menyelaras penguatkuasaan dan membantu menyelia kutipan hasil persekutuan.
4. Pengambilan Tanah
Memproses permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam untuk agensi Persekutuan.
Kami kakitangan JKPTG berjanji :
Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah diwujudkan pada 1 Mac 1974. Pewujudan seksyen adalah bagi melaksanakan kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1, Perkara 4(e)(i), Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Fungsi utama seksyen adalah untuk menguruskan semua permohonan pembahagian pusaka kecil yang bernilai kurang daripada lima (5) juta ringgit yang mengandungi harta alih atau harta tak alih atau kedua-duanya.
Bahagian ini juga telah melakukan beberapa kali pengukuhan perjawatan seiring dengan peningkatan bidang kuasa pengurusan harta pusaka. Bermula dengan 11 unit pada tahun 1974 , sehingga kini terdapat 36 unit di seluruh Semenanjung.
Objektif:
Menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka kecil dengan cekap dan adil mengikut kehendak Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
Strategi
Meningkatkan keupayaan untuk menyelesaikan permohonan di samping memberikan kesedaran kepada waris supaya segera membuat permohonan pembahagian pusaka sebaik berlaku kematian.
Dasar Kualiti
Kami komited untuk memberikan perkhidmatan pengurusan pembahagian pusaka yang berprestasi tinggi, mesra pelanggan dan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan demi keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.
Halaman 5 dari 7
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|