Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Bahagian Dasar dan Konsultasi (BD&K) dahulunya dikenali sebagai Seksyen Kajian Penyelidikan dan Pembangunan merupakan Bahagian yang diwujudkan selepas penstrukturan semula Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada tahun 2015. BD&K merupakan salah satu Bahagian di bawah Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan (SKPP), JKPTG.
BD&K dipecahkan kepada 2 unit yang melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
1. Unit Dasar
(i) Menyelaras, menyemak, mengemaskini dan menyediakan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan pekeliling-pekeliling berkaitan;
(ii) Memberikan khidmat nasihat perundangan dan pentadbiran tanah kepada negeri-negeri yang dipertanggungjawabkan;
(iii) Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu dan masalah yang membabitkan perundangan dan pentadbiran tanah;
(iv) Menyedia dan menyelaras jawapan kepada soalan-soalan Parlimen yang berkaitan; dan
(v) Mengumpul data Tanah Rizab Melayu di seluruh Semenanjung Malaysia bagi tujuan rekod dan keperluan soalan-soalan Parlimen.
2. Unit Undang-Undang
(i) Bertanggungjawab ke atas Kanun Tanah Negara (KTN) termasuk cadangan pindaannya;
(ii) Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu dan masalah yang membabitkan perundangan dan pentadbiran tanah;
(iii) Menyedia dan menyelaras maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri, MajlisTanah Negara dan Pengarah Tanah Malaysia;
(iv) Menyedia dan menyelaras jawapan kepada soalan-soalan Parlimen yang berkaitan; dan
(v) Urus Setia Mesyuarat Teknikal pindaan Kanun Tanah Negara.
Menentukan bahawa pengurusan pentadbiran pejabat dan khidmat sokongan berjalan dengan cekap dan teratur dari segi Perkhidmatan, Kewangan, Keselamatan dan Pentadbiran Am bagi semua Bahagian dan Unit-Unit.
Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai bahagian penyelaras yang cekap berkesan dalam membantu menjadikan pengurusan tanah negara sebagai satu pengurusan tanah yang terbaik dan membolehkan negara mencapai matlamat dasar nasional.
Halaman 2 dari 7
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|