Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Sarawak pula telah ditubuhkan pada tahun 2000 berfungsi sebagai cawangan kepada Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) dengan dikenali sebagai Unit Tanah Persekutuan Sarawak pada 1 Oktober 2000. Ianya kemudian ditutup pada Jun 2003 hingga 15 Mac 2004 akibat ketiadaan pegawai yang bertukar agensi. Jabatan ini kemudiannya beroperasi semula secara rasminya bermula pada 16 Mac 2004 sehingga ke hari ini. Mulai 1 Mac 2006, pejabat JKPTG Sarawak secara rasminya berpindah keluar daripada Wisma Bapa Malaysia dan telah menyewa secara persendirian di Samajaya Commercial Centre yang terletak di Tabuan Jaya, Kuching dan kemudiannya berpindah ke Jalan Wan Alwi.
JKPTG(P) Negeri Johor diwujudkan pada Disember 2005 melalui Waran Perjawatan bil. E77 tahun 2004 bertarikh November 2004. Walau bagaimanapun, kerja-kerja untuk mengesahkan tanah-tanah rizab atau milik Persekutuan telah dilaksanakan sejak tahun 1960-an lagi dengan pejabatnya menumpang di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat. Ia diketuai oleh seorang Pegawai Petempatan Gred C10 (yang dikenali sebagai Settlement Officer) dan seorang Penarik Rantai Gred R11. Walaupun berpangkalan di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, ia bergerak secara menyeluruh di seluruh Negeri Johor untuk mengesan dan membuktikan sesuatu tapak adalah tanah rizab atau tanah milik Persekutuan.
Mulai 1 Januari 1976, pejabat ini berpangkalan pula di Pejabat Tanah Kluang untuk menjalankan tugas-tugas yang sama serta turut mendapat pertambahan perjawatan seorang Pegawai Petempatan (Kanan) Gred N5 pada 1 Mac 1993. Pejabat ini kemudian menyewa di Wisma Bunga, Jalan Lambak, Kluang, pada 28 Februari 1997. Pada 1 Mac 2001, JKPTG(P) Negeri Johor telah diwujudkan dan berpindah ke Bangunan Persekutuan Kluang dengan jumlah kakitangan seramai 8 orang berdasarkan 6 waran perjawatan dan 2 orang kakitangan kontrak (RMK9) pada 2007. Pada Oktober 2014 JKPTG Johor berpindah ke Bangunan KWSP, Johor Bahru dengan jumlah 7 orang kakitangan berdasarkan 7 waran perjawatan dengan penambahan Pembantu Kewangan Gred W19. JKPTG Johor terdiri daripada Unit Pentabiran dan Kewangan, Unit Tanah Persekutuan, Unit Teknologi Maklumat, Unit Pembahagian Pusaka Johor Bahru, Unit Pembahagian Pusaka Batu Pahat, Unit Pembahagian Pusaka Kluang, Unit Pembahagian Pusaka Muar dan Unit Pembahagian Pusaka Segamat.
Senarai Pengarah JKPTG (P) Johor
Bil. | Nama | Tahun |
1 | Tuan Haji Masika @ Mas Sophan b. Haji Yusoff | |
2 | Encik Azizi bin Mohamad Ali | 05 Januari 2009 |
3 | Encik Md Fuad bin Mohd Sherif | 06 Julai 2009 |
4 | Encik Muhammad Yazrin bin Yasin | 14 Februari 2011 |
5 | Encik Mohd. Rusydi Azfar bin Dato’ Haji Abdul Kadir | 01 Februari 2014 |
6 | Puan Nurazlin binti Abu Talib | 04 September 2015 |
7 | Puan Syahzuriana binti Ab Rahim | 24 Jun 2024 - Kini |
1. Unit Harta Tanah Persekutuan
2. Unit Pembahagian Pusaka Kecil
3. Unit Pentadbiran dan Kewangan
Objektif
Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya Cekap dan Bermutu di Seluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara
Meningkatkan kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka Kecil,dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan
Menggerakkan dan Memimpin usaha-usaha pembaharuan dalan pentadbiran tanah supaya dapat menyampaiakan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti
Misi
Mewujudkan Pengurusan Tanah Negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Selaras dengan Dasar Pembangunan Negara
Visi
Ke Arah Pengurusan Tanah Negara yang cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Kami Kakitangan JKPTG berjanji :
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif jabatan.
Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat.
Memastikan anda sebagai pelanggan Ajabatan akan sentiasa diutamakan.
1. Unit Pengambilan Tanah
Memproses, menyelaras dan memastikan urusan pengambilan tanah diuruskan mengikut APT 1960, Kaedah Pengambilan Tanah 1998 dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan pentadbiran tanah
2. Unit Tanah Persekutuan
Memastikan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Tanah meliputi aspek-aspek penyimpanan rekod yang lengkap dan kemaskini, pemantauan kemajuan pengurusan tanah Persekutuan, pajakan dan pengambilan, penguatkuasaan dan kutipan hasil.
3. Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Memberi khidmat sokongan urusan pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan.
4. Unit Pembahagian Harta Pusaka
Menguruskan Penyelesaian Harta Pusaka Kecil.
5. Unit Teknologi Maklumat
Peranan Utama Unit Teknologi Maklumat adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas pelaksanaan projek komputeriasasi di JKPTG Melaka, memastikan semua keperluan dan kemudahan teknologi maklumat yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian dan infrastruktur ICT di JKPTG Melaka diurus dan ditadbir secara tepat mengikut keperluan dan selamat bagi menyokong pencapaian objektif JKPTG Melaka.
Sebelum di kenali dengan nama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, jabatan ini dikenali dengan nama Unit Khas Bergerak (UKB) yang ditubuhkan pada tahun 1979 untuk menjalankan proses pengambilan tanah dan pentadbiran tanah persekutuan yang diketuai oleh 3 orang Penolong Pengarah. Manakala unit pembahagian pusaka kecil beroperasi di Pejabat Daerah dan Jajahan di beberapa buah daerah di negeri Kelantan iaitu di daerah Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh. Pada tarikh 01.03.1997, atas arahan daripada ibu pejabat, JKPTG Negeri Kelantan secara rasminya diletakan di bawah satu bumbung Unit Khas Bergerak (Unit Pengambilan Tanah dan Unit Tanah Persekutuan), Unit Penguatkuasaan dan Penyewaan Unit Pusaka Kecil, Unit Akta Penanaman Padi telah digabungkan dan diletakkan dibawah satu bumbung serta di tubuhkan Unit Pentadbiran Dan Kewangan dan di pertanggungjawabkan kepada pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan.
Objektif Unit Pengambilan Tanah
Objektif Unit Pentadbiran & Kewangan
Objektif Unit Harta Tanah Persekutuan
Objektif Unit Pembahagian Pusaka
Halaman 3 dari 7
08 Apr 2025
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|