Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pemungut-pernungut Hasil Tanah berkenaan pemindahan rekod-rekod Pejabat Pendaftar dan Pejabat Tanah ke Arkib Negara mengikut kehendak-kehendak Akta Arkib Negara No. 44/1966.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pemungut-pemungut mengenai keadaan-keadaan dalam mana sesuatu permohonan di bawah seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 itu boleh dibuat.
Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pemungut-pemungut mengenai keadaan-keadaan dalam mana sesuatu permohonan di bawah seksyen 17 Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955 itu boleh dibuat.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbiran Tanah Negeri mengenai tindakan-tindakan dalam semakan cukai tanah kali kedua di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan sebagai susulan kepada usaha dan langkah-Iangkah yang perlu diambil untuk mengutip dan mengumpul maklumat-maklumat asas untuk mewujudkan sebahagian sistem pentadbiran tanah berkomputer di Pejabat-pejabat Tanah seperti yang telah dipersetujui dalam Persidangan Khas PTG pada 7hb Mei 1984 di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pematuhan dengan peruntukan di bawah seksyen 436A Kanun Tanah Negara. Peruntukan tersebut diadakan sebagai susulan kepada Bahagian Tiga Puluh Tiga (A) yang menyekat pemilikan tanah oleh orang yang bukan warganegara dan syarikat asing. Mengikut seksyen 436A, dalam membuat sebarang permohonan di bawah Kanun Tanah Negara atau semasa mengisi mana-mana borang dalam Jadual Pertama (termasuklah borang-borang urusniaga), setiap individu hendaklah memasukkan kewarganegaraannya dan nombor kad pengenalan rasmi, dan dalam kes syarikat, suatu kenyataan sama ada ianya adalah syarikat asing sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 433A.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Lembaga Letrik Negara kerana memasang saluran atas (over-head) voltan tinggi dan rendah yang melibatkan aspek berikut:
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pengarah-pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai perlunya mengadakan satu sistem yang seragam berhubung dengan pelaporan Maklumat Asas Pentadhiran Tanah dan Laporan Kemajuan Pengurusan Tanah yang kemaskini. Dengan menggunakan format-format yang seragam Pentadbir-Pentadbir Tanah dapat memastikan penyimpanan rekod-rekod secara teratur dan berterusan. Di samping itu, ianya memudahkan Pentadbir-pentadbir Tanah menganalisa data-data yang dikumpulkan dan menentukan pencapaian prestasi kerja pegawai-pegawai dan kakitangan khasnya dan pentadbiran tanah daerah amnya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah Daerah mengenai cara membayar atau mendepositkan wang pampasan atau ganti rugi ke atas tanah atau sebahagian daripada tanah yang telah diambil balik mengikut kehendak Akta Pengambilan Tahun 1960, di mana tuan-tuan punya tanah atau pemilik-pemiliknya didapati telah meninggal dunia tanpa wasiat, dan Surat Kuasa Tadbir belum dikeluarkan kepada yang berhak. Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia telah mengesyorkan agar wang pampasan itu diserahkan pada pihaknya.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 2/1991 berhubung dengan peraturan ukur dan garis panduan pecah bahagian bangunan yang menggantikan Pekeliling KPUP Bil. 2/1988 mengenai perkara yang sama.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadhir Tanah supaya tidak menolak suratcara urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara 1965 walaupun pihak kedua dalam suratcara menyempurnakannya sebelum pihak pertama.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kadar premium tanah-tanah Kerajaan yang diberimilik kepada Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah hendaklah diseragamkan kepada nominal tidak melebihi RM 1,000 bagi setiap hakmilik.
Tujuan Pekeliling ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua yang berkenaan mengenai tatacara pengambilan tanah oleh Badan-bada Berkanun di mana mengikut Akta penubuhan masing-masing ada memperuntukkan suatu peruntukan yang membolehkan mengambil tanah secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua Pegarai Pengawal bagi Kementerian atau Agensi pengguna tanah Persekutuan mengenai had tempoh masa memiliki dan memegang tanah milik atau rizab Persekutuan yang belum atau tidak dimajukan.