Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Pekeliling ini bertujuan menasihati semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pendaftaran hakmilik sambungan apabila berlaku pewujudan sesuatu daerah baru.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur mengenakan kompaun ke atas kesalahan-kesalahan selaras pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Pekeliling ini bertujuan menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan terhadap urusniaga tanah pertanian yang akan membawa kesan pemecahan tanah itu kepada kurang daripada 2/5 hektar berikutan dengan adanya peruntukan-peruntukan baru dalam subseksyen (3) dan (4) kepada seksyen 205 Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah dalam menguruskan proses pembahagian pusaka dan pendaftaran yang melibatkan hakmilik-hakmilik tanah terdahulu di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 yang mempunyai sekatan kepentingan menghalang pindahmilik dibuat kepada lebih daripada seorang.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai cara menguruskan perserahan sesuatu suratcara urusan.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah tentang keperluan mengetahui bahawa beberapa kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 telah diwakilkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mereka dari semasa ke semasa.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah tentang pelaksanaan peruntukan-peruntukan dalam seksyen 124 Kanun Tanah Negara.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir Tanah berkenaan dengan kutipan bayaran-bayaran ukur bagi kos di mana kerja mengukur tanah untuk pengeluaran hakmilik tetap dijalankan oleh juruukur tanah berlesen setelah diluluskan permohonan untuk diberimilik, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah dan permohonan tanah untuk tujuan melombong.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai sama ada tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap perlu diukur semula setelah kembali menjadi tanah kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah tidak membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan di dalam hakmilik atau yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap dokumen hakmilik yang tidak sempurna.
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai kutipan beberapa jenis bayaran sebelum mereka melayani permohonan untuk pendaftaran dokumen hakmilik sementara setelah permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah diluluskan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penyampaian ganti (substituted service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk memberitahu Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah mengenai pemakaian gelaran “Pentadbir Tanah Daerah” di dalam Kanun Tanah Negara dan lain-lain Undang-undang Tanah yang berkenaan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah bahawa di bawah seksyen 10, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 Pentadbir Tanah diberi kuasa untuk melantik penjaga kepada waris yang belum dewasa. Walau bagaimanapun di bawah Akta ini, belum dewasa (minor) tidak ditafsirkan.
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pentadbir-pentadbir Tanah supaya sentiasa memberi perhatian kepada pengukuran halus bagi tanah-tanah yang telah diambil balik sebahagian dan tanah-tanah yang telah diluluskan permintaan Permohonan Ukur (P.U.) bagi menentukan pengeluaran suratan hakmilik tetap.